Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini
bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meluahkan
kebimbangan orang Melayu berhubung isu-isu semasa seperti pendidikan,
ekonomi dan agama.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertemuan yang berlangsung
selama satu jam itu disertai 10 barisan kepimpinan pertubuhan tersebut
dan diadakan dalam suasana yang sangat emosi.
"Perkasa telah sampaikan perkara-perkara yang orang Melayu dan Islam
rasa tidak senang hati terutama isu ekonomi, pendidikan, agama dan
meritokrasi.
"Dalam isu ekonomi, kita suarakan tentang ketidakberkesanan walaupun
banyak dasar yang dibuat oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.
Ibrahim berkata, Perkasa amat berpuas hati kerana dapat menyampaikan
terus kepada Perdana Menteri tentang kebimbangan orang Melayu yang telah
disalurkan kepada pertubuhan itu.
"Pertemuan ini berlangsung dalam suasana panas sejuk kerana kami
memberikan pandangan sebagai pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu
manakala Perdana Menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua negara,"
katanya.
Antara yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Presiden,
Datuk Abd. Rahman Bakar, Naib Presiden, Dr. Zubir Harun dan Setiausaha
Agung, Syed Hassan Syed Ali.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...