Darahsatriadotcom

Followers

Friday 26 July 2013

Program Hasutan Di Bulan Ramadhan!

Pihak berkuasa, khususnya polis dan Jabatan Peguam Negara perlu menyiasat segera program berbuka puasa anjuran pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang berbaur fitnah serta hasutan baru-baru ini.
 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penganjuran program tersebut di bulan Ramadan dengan motif menghasut rakyat membenci kepimpinan negara adalah amat serius dan berbahaya kepada keharmonian Malaysia.

Menurut Anuar, jika siasatan dan pendakwaan tidak dapat dibuat, Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengapa perkara itu tidak boleh dilakukan sedangkan fitnah dan hasutan oleh Suaram berterusan dan tidak pernah berhenti.

Berikut adalah kenyataan beliau:

1. Saya menggesa pihak berkuasa seperti polis dan Peguam Negara segera menyiasat program berbuka puasa anjuran Suaram yang berbaur fitnah dan hasutan seperti yang didedahkan oleh Jaringan Melayu Malaysia (JMM) baru-baru ini. Saya percaya ini adalah fitnah dan gerakan terancang Suaram untuk menghasut masyarakat agar membenci Perdana Menteri dan kepimpinan negara. Perkara yang didedahkan JMM amat serius kerana tindakan Suaram berbahaya kepada negara.

2. Pihak Peguam Negara perlu segera mendakwa pihak yang terlibat dalam program tersebut setelah siasatan dilakukan. Jika siasatan atau dakwaan tidak dapat dibuat terhadap Suaram, maka pihak Peguam Negara perlu memberi penjelasan mengapa perkara itu tidak dapat dilakukan. Masyarakat ingin tahu kerana siri fitnah oleh Suaram adalah berterusan, namun tiada tindakan konkrit daripada pihak berkuasa hingga kini.

3. Jelas Suaram amat biadab dan terdesak mahu meraih sokongan serta simpati masyarakat umum terutama umat Islam.

Saya sifatkan majlis berbuka puasa anjuran Suaram yang diisi dengan fitnah dan hasutan ini sebagai satu lagi penghinaan terhadap Islam oleh pertubuhan tidak berdaftar tersebut serta mereka yang bersekutu dengannya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...