Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 17 July 2013

Guan Eng Semakin Angkuh!

Sikap 'acuh tak acuh' serta keangkuhan yang ditonjolkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng terhadap pemecatan ahli-ahli parti itu menunjukkan parti itu sebenarnya tidak demokrasi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mendakwa, Guan Eng mungkin terlibat dalam pemecatannya tanpa benar-benar mengikut prosedur yang betul kerana pemimpin itu langsung 'tidak kisah' untuk menyiasat dakwaan-dakwaan yang sengaja menjatuhkan Jenice.

Jelas Jenice, beliau telah difitnah dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas dan bukti sahih seperti salah guna kuasa dan rasuah namun sehingga hari ini DAP 'tidak berjaya' membuat pendedahan berhubung tuduhan-tuduhan itu.

"Saya telah bersama DAP lebih 13 tahun, seluruh jiwa, wang serta masa saya berikan kepada parti ini. Namun saya kecewa kerana hampir kesemua yang dipamerkan, slogan hebat serta sikap prihatin itu seolah-olah cakap-cakap kosong.

"Guan Eng selama ini telah menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang hebat dan prihatin, sanggup pula mendiamkan diri. Selama ini apabila 11 ahli DAP Pandan dan Ampang dipecat tanpa mengikut perlembagaan, beliau hanya mendiamkan diri. Adakah beliau juga 'bersubahat' dengan pemecatan ini," katanya kepada pemberita di hadapan lobi Ibu Pejabat DAP Malaysia di sini hari ini.

Pada 20 April lalu, Jenice yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah dimaklumkan melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Ekoran daripada itu, Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha telah memfailkan saman terhadap DAP di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.

Sejurus kejadian itu, seramai 11 ahli DAP yang juga penyokong Jenice pula dipecat pada bulan lepas tanpa diberikan surat tunjuk sebab termasuk peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu mengikut lunas-lunas perlembagaan parti.

Menurut Jenice, kepemimpinan tertinggi yang diterajui oleh Guan Eng tidak menyerlahkan prinsip parti seperti yang diuar-uarkan kepada masyarakat umum memandangkan ahli parti itu sendiri dianiaya sesuka hati.

"Apa salah saya? Apa salah penyokong-penyokong saya? Kami bersama parti ini kerana percaya dengan prinsip demokrasi dan ketelusan yang diperjuangkan oleh parti. Mengapa hanya kerana segelintir pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri, kami menjadi mangsa?

"Saya tidak akan berhenti sehingga mendapat pengadilan," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...