Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 17 July 2013

PAS Guna Isu Pergeseran...

Penganalisis berpendapat, Pas sengaja menggunakan isu 'pergeseran' di antara Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, tindakan Pas itu juga sengaja mahu melaga-lagakan Idris dengan Ahmad bagi melemahkan sokongan terhadap BN, sekaligus memenangi PRK.

Tambahnya, Pas juga mengambil tindakan tersebut untuk mencalarkan kredibiliti Ahmad sebagai pentadbir negeri itu.


“Masa kepimpinan Idris dahulu memang bagus, Terengganu membangun, namun pada PRU 2008, beliau tak lagi menjadi menteri besar dan banyak persepsi yang mengatakan beliau ada masalah hubungan dengan pihak istana.

“Apa pun PRK kali ini, pembangkang melonjakkan nama Idris untuk menjatuhkan Ahmad sekaligus menarik perhatian pengundi.

"Ini kira permulaan untuk menarik perhatian Istana dengan mendedahkan masalah pentadbiran dan sebagainya sehingga rakyat beralih menyokong Pas,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, tindakan    mengeksploitasi dakwaan wujud pergeseran Idris-Ahmad sebenarnya bukan strategi kempen parti itu dalam PRK itu.

"Pas tidak akan guna isu itu," katanya ketika mengulas pendekatan penceramah Pas yang memainkan isu kononnya Ahmad dan Idris tidak sehaluan.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan saranan Datuk Husam Musa selaku Pengarah Pilihan Raya Pas bagi PRK berkenaan yang sebelum ini meminta penyokong Idris supaya mengundi calon Pas bagi mengimbangi kuasa politik kem Menteri Besar.

Husam melalui satu portal berita berkata, kemenangan Pas di Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu.

"Idris semasa menjadi Menteri Besar ada program pembangunan untuk Terengganu, Mat Said tiada rancangan,”dakwa Husam.

Dalam pada itu, Shamsul Adabi turut menyatakan sekiranya Pas menang pada PRK itu (16-16), ia akan memberi kesan kepada kedudukan Ahmad.

“Kedudukan Ahmad akan dipertikaikan apabila berlaku perbandingan dengan Idris, ia juga akan mempengaruhi undi yang membolehkan semua Dun di Terengganu dibubar semula sekiranya Pas menang.

“Jadi apabila Dun dibubarkan, Menteri Besar yang baru akan dilantik atau dikekalkan terpulang pada keputusan pilihan raya nanti,” dakwanya.

 

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...