Darahsatriadotcom

Followers

Monday 8 July 2013

Lagi Niat Jahat PKR Dikenalpasti!

Selepas bermati-matian memburukkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pembangkang kini melancarkan pula gerakan menghasut rakyat memboikot akhbar Utusan Malaysia, The Star, New Straits Times (NST) dan TV3 selama tiga tahun sebelum Pilihan Raya Ke-14.

Walaupun gagal memboikot Utusan Malaysia sebelum ini, pembangkang yang tidak senang dengan pelbagai pendedahan media mengenai kepincangan pemimpin mereka turut mahu memboikot semua syarikat yang mengiklankan perniagaan di organisasi media tersebut.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli ketika mendedahkan perancangan itu dalam satu majlis makan malam parti itu di sini malam tadi mendakwa, tindakan boikot yang akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri ini akan dilaksanakan sehingga keempat-empat organisasi media berkenaan bankrap.

"Kalau dahulu saya kejar 'lembu', lepas ini kita akan kejar Utusan, TV3, The Star dan NST. Kita harus sedar bahawa majoriti orang yang menolak Barisan Nasional (BN), kuasa ekonomi ada di tangan anda, kuasa beli ada dekat kita.

"Selepas ini, kita bukan sahaja boikot Utusan, The Star, NST dan TV3 dengan tidak membeli akhbar, malah memboikot semua syarikat yang membuat pengiklanan di keempat-empat media ini supaya mereka tidak ada pendapatan dan tiada pilihan lain kecuali tutup kedai," katanya.

Majlis yang dihadiri penyokong pembangkang yang kebanyakannya berbangsa Tionghua turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presidennya, Tian Chua.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Gopeng, Radzi Zainon merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat.

Rafizi mendakwa tindakan boikot itu mampu dilaksanakan sama seperti perjuangan pembangkang yang kononnya menjadi punca sehingga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Terdahulu, Rafizi turut menegaskan bahawa barisan kepemimpinan SPR perlu meletakkan jawatan kerana di bawah Artikel 114 Fasal Kedua jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu melantik ahli suruhanjaya berkenaan yang mendapat keyakinan serta kepercayaan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...