Darahsatriadotcom

Followers

Monday, 8 July 2013

Insentif Buat Penjawat Awam...

Penjawat awam berpeluang mendapat insentif atau kredit tambahan dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT), sebagai penghargaan terhadap sumbangan diberi. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, ia akan diberi kepada mereka yang aktif dalam kegiatan luar, termasuk sukan, selagi tidak mengganggu tugas hakiki. Katanya, ketua jabatan akan diminta memberi kredit tambahan kepada yang layak berbanding penetapan pemberian markah lima peratus yang ditetapkan sebelum ini.

“Jika mereka (penjawat awam) mencapai peringkat atau tahap lebih tinggi, saya akan berbincang dengan ketua setiausaha kementerian supaya memberi markah penuh atau terbaik.

“Ini bertujuan menarik minat penjawat awam menyertai aktiviti luar mewakili jabatan dan negeri ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...