Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 27 July 2013

Mempertahankan Hak Islam Dalam Perlembagaan!

Pada 23 April 2009, Kabinet membuat kenyataan bahawa ‘kanak-kanak bawah umur akan mengikut agama asal ketika ibu bapa berkahwin, sungguhpun selepas salah seorang pasangan itu bertukar agama.’ 

Dua bulan kemudian, Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan sebaliknya: “Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam. 

Inilah inti pati yang menjadi pertikaian antara dua pihak berpolemik mengenai Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan, yakni satu klausa berkaitan hak penjagaan ibu bapa untuk menentukan status agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. 

Dalam versi asal bahasa Inggeris, bunyinya: “For the purpose of Clause (3), the religion of person under the age of eighteen years shall be decided by his parent or guardian.”

Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu Perlembagaan dipinda supaya perkataan ‘parent’ dijadikan ‘parents’ bermakna ibu dan bapa. Sandaran Karpal dan aktivis yang sefikiran dengannya ialah keputusan Kabinet empat tahun lalu dan beberapa keputusan mahkamah. 

Antaranya kes Chang Ah Mee lawan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAIS) dan lain-lain. Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi Sivil Kota Kinabalu memutuskan bahawa pengislaman seorang kanak-kanak, Staphie Khoo yang dikendalikan oleh JHEAIS pada 17 Julai 1998 adalah tidak sah.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...