Darahsatriadotcom

Followers

Thursday 1 August 2013

BTN Tidak Harus Bersikap Apologetik!

Biro Tata Negara (BTN) disaran memperluaskan peranannya dengan menjalankan penyelidikan tentang tahap kejayaan usaha membina negara bangsa.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah berkata, cadangan itu adalah tambahan kepada fungsi BTN yang bertanggungjawab melaksanakan kegiatan membangkitkan kesedaran bernegara dan patriotisme dalam kalangan rakyat.

"Saya mencadangkan BTN melanjutkan usaha terpuji selama ini dan pada masa sama tidak membataskan kegiatannya pada latihan dan kursus sahaja.

"Dari semasa ke semasa kita sepatutnya memantau sejauh mana kejayaan usaha membina negara bangsa itu," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Negara hari ini.


Tambah beliau, BTN tidak seharusnya bersikap apologetik berikutan tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap agensi tersebut.

Sebaliknya, menurut Firdaus, BTN perlu meneruskan usaha murni menanam semangat cintakan negara khususnya kepada generasi muda.

"Di Indonesia pada masa ini ada usaha memperkasakan kembali pemahaman rakyatnya terhadap Pancasila. Barangkali kita boleh melakukan perkara serupa di Malaysia," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...