Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 21 March 2013

Biar Benar... 1 Undi Pas = 1 Undi DAP !!!

Pembubaran tidak berlaku semalam. Ramai yang meramalkan begitu. Namun itu tidak penting, kerana yang pasti Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan tetap berlaku.

Mari kita lihat tajuk Cuit hari ini. Apa maksudnya? Pada PRU-12 semua orang sedar para pengikut totok Paslah yang bekerja keras untuk kemenangan pakatan mereka. Namun yang kaut besar ialah DAP.

Makna kata, para pengikut tegar Pas - yang sanggup tidur di atas jalan; atau bertakbir atas nama Allah jika UMNO dapat dipersendakan - tidak peduli jika DAP menang besar. Matlamat mereka ialah asalkan mereka dapat memalukan UMNO (bukan BN), itu sudah memadai.

Namun pada PRU-13 ini, bagaimana pula coraknya? Apakah para pengikut totok Pas dan para pemimpinnya akan bertindak sekali lagi?

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...