Adakah rakyat benar-benar merasai
transformasi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih
tampuk pemerintahan negara empat tahun yang lalu? Atau rakyat lebih merasai
reformasi yang dibawa oleh pakatan pembangkang selepas berjaya buat pertama
kalinya dalam sejarah politik negara menafikan majoriti 2/3 kerusi Parlimen
Barisan Nasional (BN) dengan menguasai beberapa negeri di Malaysia?
Perbandingan inilah yang perlu
dilakukan oleh rakyat untuk melihat sejauh manakah sebuah kerajaan dan para
pemimpinnya benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan bukannya berkuasa demi
keluarga dan rakan-rakannya sahaja.
Rakyat kini semakin bijak untuk
membuat perbandingan. Rakyat tidak mahu sebuah kerajaan atau pemimpinnya hanya
pandai berkata-kata tetapi tidak memenuhi harapan rakyat. Usah berikan harapan
menggunung kepada rakyat kalau tidak mampu melakukannya.
Memerintah negara melibatkan
kemakmuran. Memerintah negara juga tertumpu pada soal keselamatan. Kesemuanya
ini hanya untuk kesejahteraan rakyat. Jadi, rakyat akan sentiasa memantau sama
ada BN atau pembangkang yang lebih membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Setakat ini, Perdana Menteri yang
juga Pengerusi BN telah membentangkan kad laporan sepanjang beliau menerajui
negara. Intipati utamanya adalah gagasan transformasi beliau sejak memegang
tampuk pemerintahan negara. Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi gagasan
utama Najib berteraskan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Menurut angka-angka terkini, banyak
perkara menunjukkan kualiti kehidupan rakyat semakin baik. Pendapatan per
kapita negara meningkat kepada AS$9.970 dan pendapatan isi rumah meningkat
kepada RM5,000 pada 2012 berbanding hanya RM4,025 pada 2009.
Kadar inflasi negara juga serendah
1.2 peratus, satu angka yang tidak membimbangkan rakyat untuk berbelanja lebih
dengan kuasa beli yang semakin meningkat.
Sila layari artikel penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130321/re_01/Kad-laporan-kesejahteraan-rakyat#ixzz2O8geTh6d
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...