Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi Malaysia akan berkembang antara lima
hingga enam peratus pada 2013 ini dipacu oleh pengukuhan berterusan permintaan
domestik dan peningkatan sektor eksport.
Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan luar jangkaan tahun lalu kini sedang dalam laluan pertumbuhan yang stabil.

“Pertumbuhan (tahun ini) akan didorong
oleh permintaan domestik dan eksport. 2012 adalah tahun pertumbuhan yang sangat
luar biasa dan Malaysia kini sudah kembali kepada arah aliran pertumbuhan yang
stabil,” katanya pada sidang media mengumumkan Laporan Tahunan Bank Negara
Malaysia 2012 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran Kewangan
2012 di Kuala Lumpur.
Dr Zeti menunjukkan buku Laporan
Tahunan 2012 Bank Negara Malaysia, semalam.
Pengukuhan berterusan permintaan domestik pacu pertumbuhan
Ekonomi berkembang 5.6 peratus tahun lalu didorong perbelanjaan swasta, yang
dijangka sekali lagi memainkan peranan penting tahun ini.
Zeti berkata, sasaran pertumbuhan lima hingga enam peratus itu diyakini mampu dicapai bersandarkan momentum yang sudah pun dilihat menerusi pelaksanaan beberapa projek sektor swasta serta sektor awam di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Projek itu pula, katanya terdiri daripada campuran pelbagai sektor seperti minyak dan gas, perkhidmatan, telekomunikasi, pengangkutan dan pelaburan untuk membina infrastruktur.
Eksport dijangka bertambah baik
“2012 juga adalah tahun yang sangat cemerlang dari segi pelaburan domestik kerana kebanyakan projek bermula tahun lalu. Meskipun kami menjangkakan perbelanjaan sektor awam yang lebih perlahan tahun ini, namun ia diimbangi elemen ketiga iaitu permintaan luar memandangkan eksport dijangka bertambah baik pada 2013.
“Kegiatan pelaburan berterusan, khusus sektor bernilai tambah dan produktif akan meningkatkan lagi daya saing negara, mengekalkan permintaan untuk eksport serta menambah baik kapasiti negara dari segi import bagi aktiviti pelaburan,” katanya.
Zeti berkata, semua sektor ekonomi utama dijangka mencatatkan pertumbuhan berterusan tahun ini dengan sektor perkhidmatan dan pengilangan akan menjadi penyumbang utama pertumbuhan keseluruhan.
Jelasnya, ia didorong permintaan dalam negara yang terus berdaya tahan serta disokong pelaksanaan projek infrastruktur.
Beliau menegaskan, pilihan raya yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini tidak akan menggugat arah aliran pertumbuhan ekonomi negara.
“Pilihan raya berlangsung semasa ekonomi mencatatkan prestasi sangat baik. Berbanding Eropah, kita tidak berdepan isu (ekonomi) seperti pengangguran, sistem kewangan atau sekatan aliran kredit,” katanya.
Zeti juga berkata proses pengukuhan fiskal yang dilaksanakan kerajaan mula membuahkan hasil.

Sumber : Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...