Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 24 April 2013

Anwar Ligat Mencari Pelampung!

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hipokrit apabila cuba menonjolkan dirinya mempunyai hubungan erat dengan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Salleh Man.

Mazlan berkata, Anwar sebelum ini menyerahkan kepada Mohd. Salleh untuk berkempen bagi pihaknya di Permatang Pauh kerana yakin menang di kerusi itu dan mahu menumpukan aktiviti kempen di tempat lain.

"Kalau betul 'mamat PKR' ini baik dengan Salleh, tidak mungkin berlaku pertembungan sesama sendiri antara PKR dan Pas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dan beberapa tempat lain.

"Beliau cuma hendak tunjuk baik dan mesra di depan sahaja dengan Pas tetapi hakikat sebenar bukan begitu," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli veteran UMNO dan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) di sini hari ini.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...