Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 24 April 2013

Pendedahan : Rupanya Husam Musa 'Tikus Ujian' PAS!

Sesetengah pihak melihat pencalonan dua Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ke Parlimen Putrajaya dan Salahuddin Ayub ke Pulai, Johor merupakan kemuncak kepada keyakinan pucuk pimpinan Pas dalam usaha mereka menawan Kerajaan Pusat. Hal ini boleh dilihat daripada kenyataan kedua- dua calon berkenaan, yang menaruh keyakinan bahawa sokongan mereka adalah mantap di kawasan Parlimen berkenaan.

Namun kepada mereka yang mengikuti perkembangan politik di Parlimen Pulai dan Putrajaya, tindakan (pencalonan kedua-duanya oleh Pas Pusat) tidak lebih sekadar percubaan Pas dalam menguji kekuatan sebenar di luar kubu tradisional mereka. 

Sebagai sebuah parti yang berpengalaman dalam 13 kali pilihan raya, Pas dilihat terlampau yakin dalam perancangan mereka kali ini. Pulai diwarisi oleh Datuk Nurjazlan daripada bapanya, Datuk Mohamed Rahmat (Allahyarham) manakala Putrajaya secara tradisinya adalah kubu lambang kekuatan UMNO/BN yang akan dipertahankan dengan segala kekuatan.

Ramai yang menganggap taruhan kedua- dua naib presiden itu tidak lebih sekadar 'tikus ujian' kepada Pas. Jika mereka benar-benar serius, parti itu boleh mencalonkan heavyweight mereka ,Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ataupun Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Sesetengahnya pula meletakkan harapan kemenangan kedua-dua orang kuat Pas itu hanya lebih sedikit berbanding peluang Cikgu Fareez Musa melawan Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan ataupun mana-mana calon yang melawan Timbalan Presiden UMNO di Pagoh.

Pandangan lebih nakal melihat pencalonan itu seperti tindakan membunuh karier politik kedua-dua tokoh muda itu. Realitinya di Pulai, penyandangnya Nurjazlan menang selesa dengan majoriti besar 34,926 manakala di Putrajaya penyandangnya Datuk Tengku Adnan memperolehi hampir tiga perempat undi.

Kedua-duanya jumlah itu adalah luar biasa, lebih-lebih lagi jika dilihat dalam konteks dan suasana PRU 2008.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...