Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 24 April 2013

Semakin Ramai Buka Tembelang Anwar Ibrahim!

Saya memang salah seorang pengasas ABIM bersama kawan-kawan yang lain seperti Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Zakaria Hashim, Datuk Kamarudin Mohd Noor dan beberapa lagi. ABIM sebagai sebuah organisasi, sejak tertubuhnya lagi berpegang kepada prinsip non partisan. Tetapi, ketika Anwar menyertai UMNO dan berada dalam kerajaan, ABIM mengambil keputusan menyokong beliau.

Kemudian, apabila dia disingkirkan daripada UMNO dan menubuh parti sendiri, ABIM mengambil pendirian bersama dengan beliau dan mendokong falsafah dan konsep politik Anwar sehingga ada semacam deklarasi bahawa warga besar ABIM wajib bersama Anwar.

Dalam sistem demokrasi seperti Malaysia ini, memang kita perlu ada kesedaran politik, tetapi apa yang dikesalkan ialah ABIM sebagai sebuah organisasi masyarakat dan dakwah, tidak wajar menyebelahi mana-mana parti politik kerana anggota ABIM mungkin mempunyai pelbagai fahaman politik atau dari sisi lain, tidak semuanya mendokong Anwar.

Kalau secara individu tidak mengapa nak sokong siapa pun, parti apa pun, tetapi dengan memaksa dan mengheret ABIM sebagai sebuah organisasi, mesti menyokong Anwar, itu yang tidak betul dan dibangkang keras oleh ramai pengasas ABIM, beberapa pemimpin negeri dan juga ahli biasa.

Kalau ada yang nak masuk parti politik dan sokong Anwar tak mengapa dengan syarat mereka mesti tinggalkan jawatan dalam ABIM dan jangan ganggu perjalanan ABIM melalui kuku besi yang tak nampak. Biarkan ABIM diurus oleh orang yang benar-benar mendokong dasar non partisan dan berdakwah secara bebas tanpa terikat kepada seseorang individu.

Anwar sedar bahawa dia sangat-sangat memerlukan kumpulan Islam, maka dengan naif politik dalam kalangan pimpinan dan Majlis Syura ABIM yang dikuasai 100 peratus oleh orang Anwar, maka mereka mudah membuat manipulasi.

Sebab itu Majlis Syura ABIM tidak memanggil Datuk Dr. Sidek Baba hadir bermesyuarat. Dr. Yusri juga tidak dimasukkan sebagai ahli Syura, walhal bekas Presiden ABIM secara automatik menjadi ahli majlis syura. Juga pengasas ABIM yang sudah tidak aktif dalam politik dan senior-senior ABIM yang banyak memberi sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan, tidak dijemput menjadi ahli syura seperti Datuk Zakaria Hashim, Amin Hashim dan ramai lagi. Kenapa?

Kerana mereka itu semua sudah mufaraqah dengan Anwar. Atau syura takut kalah hujah dalam mesyuarat dan agenda menyokong Anwar terhalang.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...