Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membayangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin dekat mengajak seluruh rakyat pelbagai kaum di negeri ini agar membuat perubahan dengan menukar tampuk pemerintahan Selangor kembali kepada Barisan Nasional (BN).
Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, rakyat negeri ini perlu terus mengekalkan Putrajaya di tangan BN untuk membolehkan Kerajaan Pusat membawa kemajuan yang lebih hebat dan berjaya di Selangor.
Beliau yang juga Pengerusi BN Selangor mahu rakyat memberi sokongan padu kepada BN kerana selama lebih empat tahun di bawah pentadbiran pembangkang, rakyat terbukti telah tertipu kerana janji-janji dalam pilihan raya lalu gagal ditunaikan selain timbul pelbagai masalah lain seperti krisis air dan sampah sarap.
"Orang Selangor kena tipu oleh pembangkang dan masanya akan tiba tidak lama lagi, kita ubah kerajaan negeri tetapi Pusat kekalkan BN. Sayangi Selangor, Yakini BN.
"Jadi, hari ini kita faham apa yang patut dilakukan, apabila sampai masanya, mungkin minggu depan, bila sampai masa tolong sokong BN," katanya.
Sumber : Utusan Online
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...