# Akur janji ini merangkumi 17 bidang sekiranya kita dipilih oleh rakyat..
# Ekonomi dunia tidak menentu tetapi kita telah mencapai pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun sudah. Kejayaan Malaysia unik kerana model pertumbuhan diikuti dengan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah.
# Cukai individu dan korporat dikurangkan secara beransur-ansur.
# Sebanyak 3.3 juta peluang kerja baru termasuk 2 juta dalam sektor berpendapatan tinggi akan dicipta.
# 1 juta rumah mampu milik akan dibina.
# BR1M akan dinaikkan secara beransur kepada RM1,200 bagi isi rumah.
# Baucer Buku 1 Malaysia akan dinaikkan kepada RM300 manakala Bantuan Persekolahan akan dinaikkan kepada RM150.
# Keretapi laju KL-Singapura yang akan melalui bandar2 di Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Johor Bahru.
# 2,300 KM lebuh raya Pan Borneo akan dibina dari Sematan, Serawak hingga ke Serudung, Sabah.
# Masalah bekalan air terawat di Kelantan akan diselesaikan.
# Pelan Induk Pembangunan Pendidikan akan tingkatkan kualiti pendidikan menekankan BM, BI, Sains dan Matematik.
# Meningkatkan akses pra persekolahan kepada tahap 90 peratus dalam tempoh 5 tahun.
# Unit Rondaan Bermotosikal PDRM akan diperkukuhkan dengan tambahan 5,000 lagi motosikal.
# Autonomi SPRM akan ditingkatkan.
# Penambahan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan diperingkat nasional.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...