Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 1 May 2013

PAS Semakin Goyah!

PAS tidak mempunyai pilihan kecuali bertindak meninggalkan pakatan pembangkang bagi mengelak isu bersangkutan dasar dan prinsip perjuangan parti terus dipermainkan dan tidak berkesudahan.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata alasan lain yang tidak munasabah seperti mengatakan isu negara Islam dan hudud PAS tiada dalam manifesto seperti diperkatakan salah seorang Naib Presiden parti itu datang daripada mereka yang menghidap penyakit otak.


Kepada mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan ini, bersetuju dengan fakta bahawa selagi PAS berada dalam pakatan pembangkang, selagi itu hasrat yang digembar-gemburkan untuk menegak negara Islam dan melaksana hudud hanya tinggal khayalan seperti bermimpi di siang hari.

Ambil tindakan drastik

Dengan semangat daya juang dan tahan yang dipahatkan di dada ahli dan penyokong parti, PAS sepatutnya sudah lama mengambil tindakan drastik dan tegas seperti dibayangkan Mursyidul Am (Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) dan timbalannya (Datuk Dr Haron Din), katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Beliau berkata, demikian mengulas kenyataan Haron yang tidak menolak kemungkinan meninggalkan pakatan pembangkang jika sekutunya, PKR dan DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud PAS.

Mengulas lanjut, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata pilihan yang ada itu harus diterjemahkan dengan jelas menerusi pilihan raya umum pada 5 Mei ini.


Ramai mengatakan jika PAS mengambil keputusan ini, sudah semestinya PAS menjadi satu parti pilihan rakyat di samping mengembalikan semua keyakinan ahli dan penyokong parti terhadap prinsip parti yang diperjuangkan selama ini, katanya. 


Sumber : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...