Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 1 May 2013

Apabila DAP Pilih Taktik Kotor!

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, enggan terbabit dalam polemik dicetuskan pemimpin pembangkang, yang melemparkan pelbagai tuduhan atau fitnah terhadapnya.
Tegasnya, pembangkang boleh mengatakan apa saja mengenai dirinya tetapi beliau tidak akan komen berhubung apa saja kenyataan mereka.



Kesederhanaan jadi amalan

Ikut suka apa mereka nak kata dan biarlah mereka dengan kenyataan yang mereka keluarkan.

Kita di Johor mengamalkan politik kesederhanaan dan ini adalah Johor. Kita tidak akan mengenakan apa-apa hukuman atau membalas balik, katanya, di sini, semalam.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Mesin dan Bantuan Program Galakan Usahawan Jabatan Pertanian Johor di Dewanraya Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah di Gelang Patah, di sini.

Dakwaan, tuduhan

 
Beliau mengulas dakwaan pembangkang yang membuat pelbagai tuduhan, termasuk Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ceramahnya di Segamat, yang menyifatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, akan menguburkan Abdul Ghani di Parlimen Gelang Patah.

Sementara itu, mengulas isu bom di Pulau Pinang, beliau percaya dengan kesederhanaan yang diamalkan insiden sebegitu tidak akan berlaku.

Apa yang kita buat, apa yang kita cakap termasuk dalam politik kita dalam cara kesederhanaan Johor dan saya harap dalam cara kesederhanaan kita akan menjaga.


Sumber : Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...