Darahsatriadotcom

Followers

Friday 17 May 2013

Perlukah Najib Dan Anwar Berdamai?

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla sedang merintis satu usaha untuk mendamaikan perseteruan politik antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Usaha yang dilakukan atas dasar kedua-dua mereka adalah sahabat baik Jusuf dan bagi menjaga kepentingan Malaysia dan Indonesia, walau bagaimanapun setakat ini belum diketahui hasilnya. Jusuf yang ke Kuala Lumpur bersama beberapa orang bekas menteri Indonesia pada 5 Mei lalu semasa keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diumumkan telah menemui Anwar pada malam tersebut bagi menyatakan hasratnya itu.

Beliau kemudiannya menemui Najib pada 7 Mei di Putrajaya untuk mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dan menyatakan harapannya agar kedua-dua tokoh itu tidak terus menerus berseteru.

"Ini perlu untuk meneruskan pembangunan Malaysia yang memerlukan kestabilan dan kompromi kedua-dua kubu," kata Jusuf seperti dipetik media Indonesia mengulas pertemuannya dengan Anwar.
Jusuf yang juga seorang ahli korporat berkata, beliau bersahabat dengan Najib kerana kebetulan mereka berdua berketurunan Bugis manakala dengan Anwar sejak zaman mahasiswa.

Walau bagaimanapun Utusan Malaysia difahamkan sehingga lewat malam ini, usaha yang dirintis oleh Jusuf itu masih menemui jalan buntu.

Ia percayai berikutan keengganan Anwar untuk menerima keputusan PRU-13 yang telah dimenangi oleh BN.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. Anwar nak diajak berdamai?dah tentu tentu dia nak ke tali gantung tak lama lagi!

    ReplyDelete

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...