Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sudah tiba masanya untuk filem yang menimbulkan kontroversi walaupun belum ditayangkan itu menemui penonton.
"Sebelum ini ditangguhkan kerana ada dakwaan beberapa adegan kontroversi dalam filem itu. Selepas itu ditangguhkan pula kerana pilihan raya umum.
"Kini selepas perbincangan dilakukan semua pihak bersetuju untuk filem itu ditayangkan pada 29 Ogos depan. Bagi saya, lebih cepat tayang lebih bagus," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan pertamanya ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...