Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday, 11 June 2013

Awas Dengan Kehadiran Gelombang Merah 2.0...

Dalam usaha mengambil alih Kelantan daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Pemuda UMNO negeri merangka strategi awal dengan cadangan mewujudkan Gelombang Merah 2.0.
 
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, semangat Gelombang Merah yang dilancarkan pergerakan itu sebelum ini akan diteruskan.

"Pada hari ini kita membuat ketetapan merangka strategi untuk empat tahun akan datang dengan membina keyakinan orang muda bersama-sama bergerak ke arah momentum baharu dengan mewujudkan Gelombang Merah kedua," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Sementara itu, mengulas kegagalan Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan dalam pilihan raya umum lalu, Anuar berkata, rakyat yang menetap di negeri ini sebenarnya mahu BN memerintah Kelantan namun lebih 100,000 pengundi luar yang pulang mengundi menidakkan hasrat mereka.

Katanya, pengundi luar berkenaan majoritinya menolak UMNO dan BN.

Menurutnya, trend itu dikatakan akibat terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan pembangkang melalui media sosial seperti Facebook dan blog.

Sehubungan itu, kata beliau, sebagai langkah mengatasi masalah tersebut Pemuda UMNO negeri mencadangkan diwujudkan struktur baharu khusus untuk menarik sokongan pengundi luar.

"Pemuda dan UMNO negeri akan buat kajian sama ada pengundi-pengundi luar tidak perlu lagi pulang untuk mengundi. Mungkin mereka boleh mengundi di tempat mereka tinggal, bermastautin atau mereka juga boleh buat pengundian awal," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...