Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 11 June 2013

DAP Cari Pasal!

Satu-satunya wakil pembangkang, Er Teck Hwa yang hadir ke majlis taklimat Dewan Rakyat hari ini menyifatkan kehadiran beliau ke sesi ini kerana merasakan ia perkara yang penting.

Menurutnya, hanya dengan hadir, beliau akan mengetahui syarat-syarat yang bakal digunapakai pada sesi persidangan Parlimen kali ini.

"Saya hadir hari ini kerana saya rasa taklimat hari ini penting, saya datang sendiri.

"Kalau ahli Parlimen PR yang lain tak hadir terpulang kepada mereka, tapi saya rasa ini penting," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu memboikot sesi Parlimen kali ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Apabila ditanya adakah Teck Hwa mengetahui PR telah memboikot sidang taklimat hari ini, beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepadanya.

"Ya, saya tahu, saya hanya datang taklimat, saya dijemput datang, saya datang," katanya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong turut menyatakan tindakan yang diambil Teck Hwa baik.

"Saya berasa terharu apabila ahli Parlimen Bakri hadir hari ini, walaupun PR kata nak boikot.

"Tapi kita hormati keputusan ahli Parlimen Bakri... kita sepatutnya hadiri peluang ini untuk hadiri kursus orientasi.

"Saya juga diberitahu oleh dia, dia dapat jemputan, jadi dia hadirlah," katanya yang dilihat semasa Majlis Taklimat kepada  ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13 mengambil tempat di sebelah Teck Hwa.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...