Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 11 June 2013

SPR Dihentam Lagi...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan pemimpin politik supaya tidak membuat spekulasi atau tuduhan tidak berasas terhadap badan bebas itu berhubung kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan diadakan akhir tahun ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata persempadanan semula itu akan dilakukan berdasarkan kepada peraturan ditetapkan perlembagaan dan ia dilaksanakan secara telus.



Sepatutnya dua tahun lalu

Beliau berkata, SPR sepatutnya mengadakan persempadanan semula itu dua tahun lalu, namun disebabkan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), ia terpaksa ditangguhkan.

“Tempoh lapan tahun selepas persempadanan semula dilakukan genap pada 2 Mac 2011, namun SPR menangguhkan dulu persempadanan semula kerana memberi tumpuan kepada persiapan PRU-13. Bila persempadanan semula dibuat dalam tempoh dua tahun, ia tidak boleh terganggu.

“Kita tidak boleh menangguhkannya lagi, persempadanan semula perlu dilakukan dan ia adalah seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara. Setiap lapan tahun, SPR perlu membuat kajian semula persempadanan.

Boleh buat bantahan
 

“Persempadanan ini dilakukan dengan cara yang telus. Kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pemilih berdaftar lebih 100 orang boleh membuat bantahan ataupun cadangan balas kepada SPR,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

SPR berhasrat untuk meneruskan persempadanan semula itu selepas berakhirnya PRU-13, 5 Mei lalu, tetapi pembangkang mendesak supaya persempadanan pilihan raya itu ditangguhkan terlebih dulu.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...