Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi menafikan khabar angin beliau menjadi perantara pertemuan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang didakwa berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Katanya, beliau mengiringi Perdana Menteri ke negara jiran itu Isnin
lalu bagi menghadiri beberapa program yang diaturkan tetapi bukan untuk
bertemu dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
"Khabar angin ialah khabar angin, saya ada program sendiri dan Anwar
juga begitu. Perdana Menteri tidak bertemu Anwar setakat yang saya tahu.
"Saya ingin nafikan pertemuan Anwar dan Najib serta saya dalam
pertemuan itu walaupun ketiga-tiga kami berada di Jakarta tetapi
mempunyai program yang berbeza," katanya selepas menghadiri Majlis
Pertemuan Bersama Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tahseh al-Quran di Hotel
The Everly di sini hari ini.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan penafian Perdana Menteri yang
didakwa bertemu dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang
dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider
baru-baru ini.
Laporan portal propembangkang itu yang dipetik berkata, pertemuan
yang diatur oleh Ahmad Zahid itu bagi membantu Perdana Menteri
mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas
keputusan buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...