Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 19 June 2013

Lim Guan Eng Bakal Dilondehkan Oleh Wanita!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Ayer Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang untuk penggal ini.

Pelantikan itu menjadikan Jahara sebagai wanita pertama menjadi Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sebelum ini, pihaknya mengesyorkan nama Jahara sebagai Ketua Pembangkang dan diterima oleh semua sembilan ADUN BN lain.

Beliau berkata, pelantikan Jahara itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pelantikan ini membuktikan UMNO turut menghargai jasa dan sumbangan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam membela nasib rakyat.

"Jadi, kita harap dengan pelantikan Jahara ini mampu untuk mewakili suara rakyat bagi dibawa ke dalam DUN, bukan sahaja suara orang BN atau UMNO tetapi suara semua rakyat Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Jahara berjaya mempertahankan kerusi DUN Teluk Ayer Tawar, sekali gus menjadi ADUN untuk penggal kelima.

Pelantikan Jahara itu juga menamatkan spekulasi berhubung siapa yang bakal dilantik menjadi Ketua Pembangkang di DUN Pulau Pinang, menggantikan Datuk Azhar Ibrahim yang tidak bertanding dalam PRU-13 lalu.

Dalam PRU -13 lalu, pembangkang berjaya mempertahankan kuasa di negeri ini selepas memenangi 30 daripada 40 kerusi DUN manakala UMNO menjadi parti tunggal BN yang berjaya merebut kerusi di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...