Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday 19 June 2013

DAP Mengalami Ketegangan!

Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meminta DAP mengemukakan keterangan dan bukti-bukti mengenai silap kira undi yang telah berlaku.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, ini adalah untuk mengenal pasti sama ada silap kira undi tersebut berlaku atas sebab 'computer glitch' ataupun merupakan satu penyelewengan.

Menurutnya, ROS sedang menyiasat mengenai jumlah undi yang diterima oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada tahun lalu.

''Siasatan itu bagi memastikan sama ada berlaku atau tidak unsur manipulasi dalam proses pemilihan parti tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pemilihan CEC DAP pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Keputusan pemilihan itu yang diadakan pada 15 Disember tahun lalu juga menyaksikan tiada seorang pun calon Melayu terpilih tetapi selepas 19 hari berlalu, DAP tiba-tiba mengumumkan berlaku kesilapan teknikal dalam penjumlahan undi dan mengisytiharkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari sebagai ahli CEC.

Insiden itu membawa kepada peletakan jawatan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong selain beberapa ahli parti membuat aduan kepada ROS berikutan bimbang terdapat unsur-unsur manipulasi dalam keputusan tersebut.

Abdul Rahman berkata, ROS membuat makluman awam mengenai kemajuan proses siasatan bagi mengelakkan fakta-fakta dimanipulasikan sebagaimana yang berlaku pada surat ROS bertarikh 17 April 2013.

"Perbuatan ini adalah sesuatu yang tidak beretika dan ROS perlu menjalankan siasatan dengan lebih berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang manipulasi fakta," katanya.

Tegasnya, ROS tidak mempunyai niat untuk membatalkan pendaftaran parti DAP dan semua ahli parti itu yang ditemubual dalam proses siasatan meminta DAP untuk mengadakan semula pemilihan CEC.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...