Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 5 June 2013

Berita Baik Buat Penjawat Awam...

Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik secara berlebihan kerana ia hanya menyebabkan masa terbuang untuk negara terus melangkah ke hadapan.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha melaksanakan amanah lebih besar, diberikan rakyat selepas Barisan Nasional (BN) mendapat mandat baru pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).



Selain itu, katanya, sebagai warga negara Malaysia yang juga pengamal demokrasi matang, rakyat bukan hanya perlu setakat mengakui proses demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini, malah juga menerima proses itu selepas ia selesai.

Lihat ke hadapan

Kita perlu menunjukkan bahawa kita ini penerima dan pengamal demokrasi berparlimen yang cukup matang dan dengan keputusan itu (PRU-13), kita perlu lihat ke hadapan, masa depan negara dan apa yang perlu dilakukan, katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri dan Timbalan Menteri di JPM, serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Ia adalah perhimpunan bulanan pertama yang dihadiri Najib selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Najib berkata, dunia sudah menerima bahawa BN mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan sejak sebulan lalu dan beliau turut menerima ucapan tahniah daripada hampir seluruh pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron.


Terkini, Menteri Luar Australia (Senator Bob Carr) menyatakan dengan jelas dan terang bahawa proses pilihan raya Malaysia boleh dipercayai, tanpa ada niat untuk campur tangan dalam urusan dalaman negara.

Titah terima keputusan

Apatah lagi, dalam ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Keputeraannya, baginda membuat titah nasihat supaya keputusan (PRU-13) diterima dan jika ada pertikaian sama ada oleh pihak BN atau pembangkang, kita perlu menggunakan proses mahkamah dan undang-undang untuk membuat bantahan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan menumpukan perhatian kepada mekanisme menangani perang persepsi yang diwujudkan pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan, contohnya tuduhan BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi, sehingga ia menimbulkan rasa takut dalam kalangan pengundi.

Mungkin kita kurang cekap dalam hal itu tapi kita boleh rancang dari segi pengalaman kita, supaya pada masa akan datang kita akan lebih berjaya memaparkan bukan persepsi tapi realiti, katanya.

Beliau turut menggesa penjawat awam untuk terus memperkukuhkan agenda transformasi yang sedia dilaksanakan sebelum ini dan menilai keberkesanannya, supaya memberi kepuasan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...