Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 5 June 2013

Sandiwara Guan Eng Terbongkar!

Sebelum menyalahkan pihak lain, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menasihati rakan baiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu yang terus mengadakan siri perhimpunan haram kerana tindakan itu lebih menakutkan kemasukan pelabur asing.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tindakan Anwar yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara dengan mengadakan siri perhimpunan haram dilihat lebih berkesan menakutkan pelabur untuk melabur di negara ini. 

Tegas beliau, Guan Eng tidak perlu bersandiwara dalam isu itu dan menyalahkan pihak lain termasuk Utusan Malaysia kerana jelas pakatan pembangkang sendiri yang lebih ghairah bertindak di luar batas undang-undang.

"Siapa yang menakutkan pelabur untuk masuk? Bukan salah Utusan Malaysia melaporkan perkara sebenar tetapi pembangkang sendiri yang sibuk berhimpun di sana sini.

"Jika siri perhimpunan haram yang disokong oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilakukan, jangan salahkan pihak lain sekiranya pelabur takut untuk datang melabur di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...