Darahsatriadotcom

Followers

Wednesday, 5 June 2013

Pemimpin Pembangkang Bacul!

Pemimpin pembangkang perlu menyatakan pendirian berhubung tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial Facebook, Sabtu lalu.
 
Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Haris Che Mat berkata, sehingga kini, tiada pemimpin pembangkang tampil membuat kenyataan mengutuk tindakan biadap tersebut yang jelas menghina institusi diraja.

Sedangkan, katanya, mereka selama ini merupakan juara dalam mengeluarkan kenyataan mengenai pelbagai isu di negara ini.

"Rakyat perlu menghormati Perlembagaan dan institusi raja negara. Kami mencabar pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini selari dengan prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan individu dipercayai rakyat Malaysia kaum Cina itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi ini. 

Yang turut hadir pimpinan Pergerakan Pemuda BN Kedah termasuk Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang dan Timbalan Ketua Pemuda MCA negeri, Tan Chee Hong.

Haris yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena berkata, laporan polis itu dibuat kerana Pemuda BN menggangap kenyataan segelintir pengguna laman sosial Facebook yang merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong tersebut sebagai menghina dan menyinggung perasaan rakyat.

Sehubungan itu, katanya, mereka meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat yang menyalah guna laman sosial berkenaan.

Sementara itu, Keng Liang berkata, pihaknya berasa amat kecewa dengan sikap membisu pemimpin pembangkang berhubung isu tersebut.

"Mereka selama ini lantang membuat pelbagai kenyataan tetapi mengapa berdiam diri kali ini?" katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...