Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Jasbir Singh Chahl merupakan kenyataan yang beliau sebut berkali-kali semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan serta di Parlimen.
"Meskipun isu ini agak lama untuk dirungkai permasalahannya tetapi tidak terlambat bagi polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
"Malah, kita merasakan jika ada pihak yang buat laporan polis terhadap tuduhan dan fitnah oleh Suaram, pihak polis akan ambil tindakan kerana ia telah mencalar imej negara dan pemimpin negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Kuasa Usaha Duta Amerika Syarikat Ke Malaysia, Lee McClenny di pejabatnya di sini hari ini.
Kelmarin, pengakuan Jasbir yang berani bersumpah bahawa beliau tidak pernah berjumpa dan mengenali Altantuya selain model itu tidak terlibat atau berada di Perancis sepanjang proses rundingan pembelian Scorpene.
Mengulas mengenai dakwaan isteri kepada peguam P. Uthayakumar yang suaminya tidak diberikan layanan rawatan sewajarnya di penjara, Ahmad Zahid berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya cuba mencetuskan provokasi terhadap Jabatan Penjara.
"Saya telah bertanya Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar dan beliau mengesahkan bahawa semua banduan tanpa mengira siapa telah diberikan layanan sama, jadi janganlah nak minta layanan VIP (terlalu istimewa) pula," katanya.
"Pihak penjara juga akan menjalankan pemeriksaan sewajarnya untuk memastikan sama ada Uthayakumar memerlukan rawatan di hospital penjara atau pakar berkaitan," katanya.
Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jun lalu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menulis sepucuk surat berbaur hasutan kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown enam tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...