Darahsatriadotcom

Followers

Tuesday 30 July 2013

Anwar Tak Peduli Sistem Kehakiman!

Dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Mahkamah Pilihan Raya tidak menyediakan ruang cukup untuk perbicaraan kes petisyen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mempedulikan sistem kehakiman negara. 

Anwar hanya gemar akan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya dan mana-mana keputusan mahkamah yang sebaliknya, dilabelkan sebagai ‘mahkamah kangaru’ berikutan tidak memberi keuntungan politik kepadanya.


Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, berkata sifat Anwar itu tidak pernah berubah sejak beliau mula dibicarakan atas dakwaan terbabit dalam penyalahgunaan kuasa pada 1988, yang akhirnya membawa kepada Anwar dipenjarakan, selain beberapa kes lain yang berkaitan dengan dakwaan homoseksual. 

“Saya sudah lama kenal beliau. Kalau perkara itu memihak kepadanya, sudah tentu dia puji melangit mengatakan benda itu bagus. Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen dikemukakan pembangkang, lantas dia menuduh mahkamah itu tidak bagus,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Anwar semalam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya menolak 10 petisyen pembangkang berhubung keputusan PRU-13. 

Anwar mendakwa, ada antara faktor penolakan itu hanya berasaskan aspek teknikal dan perkara yang didakwanya sebagai perkara kecil seharusnya tidak dijadikan faktor penolakan petisyen berkenaan. 

Selain itu, Anwar turut mendakwa kos terlampau tinggi yang diarahkan oleh Mahkamah Pilihan Raya supaya dibayar pempetisyen sebagai tidak masuk akal dan perlu dinilai semula. 

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, pembangkang harus memberi keyakinan kepada mahkamah dan sistem keadilan di negara ini dan jika pembangkang tidak yakin lagi akan aspek berkenaan, mereka tidak perlu mengemukakan petisyen itu.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...