Darahsatriadotcom

Followers

Thursday, 15 August 2013

Jangan Jadi Batu Api!

Polis negeri ini menasihatkan agar orang ramai terutamanya para penulis blog tidak menjadi 'batu api' dalam isu sebuah surau resort yang dijadikan tokong di Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya sedang menyiasat secara terperinci kes berkenaan dan pemilik resort terbabit pun sudah ditahan reman.

"Kes ini begitu sensitif sebab melibatkan isu keagamaan dan saya berharap tiada pihak yang cuba melaga-lagakan antara satu sama lain.

"Satu jawatankuasa khas yang diketuai timbalan saya, Datuk Ismail Yatim juga telah ditubuhkan bagi menyelesaikan kes ini," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor hari ini.


Upacara ritual yang diketuai oleh seorang sami itu menjadi perhatian umum apabila satu rakaman video amatur sepanjang 1 minit 25 saat telah dimuat naik ke laman Youtube oleh pemilik akaun yang menggunakan nama Sebastianphiu.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan kumpulan penganut Buddha diketuai seorang sami sedang mengadakan upacara meditasi di ruang solat surau berkenaan yang turut memaparkan ayat-ayat suci al-Quran.

Penyebaran video tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak apatah lagi pihak pengurusan yang membenarkan kejadian itu berlaku adalah individu yang beragama Islam.

Sementara itu, Mohd. Mokhtar turut mengarahkan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid bertemu dengan penduduk tempatan agar tidak memanjangkan isu berkenaan dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan tindakan selanjutnya.

"Setakat kini, enam laporan polis telah dibuat berkaitan kes ini dan berharap orang ramai bersabar dan meletakkan kepercayaan kepada polis untuk menanganinya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...