Darahsatriadotcom

Followers

Friday 2 August 2013

Kes Liwat Anwar!

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 17 dan 18 September depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Darmafikri Abu Adam pada pengurusan kes hari ini. Anwar diwakili oleh peguam Sangeet Kaur manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin.

Pengurusan kes ditetapkan susulan penangguhan rayuan pendakwa raya yang sepatutnya didengar minggu lalu ekoran peguam utama yang mewakili Anwar, Karpal Singh dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit belakang.


Sementara itu, Sangeet memberitahu pemberita, pihaknya mendapat arahan daripada Anwar untuk memfailkan permohonan bagi menggugurkan peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut.

Darmafikri kemudian mengarahkan agar permohonan tersebut difailkan sebelum 23 Ogos ini. Permohonan itu berbangkit ekoran kehadiran Muhammad Shafee mengetuai pasukan pendakwa raya dalam prosiding tersebut ketika rayuan dijadualkan didengar pada 22 Julai lalu.

Peguam itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau dilantik oleh Peguam Negara mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, surat pelantikan bertarikh 2 Julai lalu ditandatangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan diterimanya pada 11 Julai lalu. Pelantikan itu dibuat secara kontrak.

Sementara itu, Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menjelaskan beliau bersedia mengemukakan hujahan balas jika pihak pembelaan memfailkan permohonan tersebut.

Menurut beliau, buat masa ini, pihaknya tidak mengetahui apa alasan pembelaan untuk menggugurkan dirinya daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan itu.

Ujar Muhammad Shafee, pihak pembelaan juga tidak memaklumkan alasan mereka ketika mahkamah bersidang pada 22 Julai lalu.

Pendakwa raya merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu daripada tuduhan meliwat.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful. Bekas pembantu peribadinya itu selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...