Fahaman Syiah sudah lama meresap dalam Pas dan ia diakui oleh
beberapa bekas ahli Pas. Malahan beberapa pemimpin utama parti itu
didakwa turut berpegang kepada fahaman tersebut. Namun ia dinafikan oleh
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun, blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com)
mengakui bahawa memang ada pemimpin parti itu yang berfahaman Syiah
tetapi jumlahnya tidak dapat dipastikan. Mereka kebanyakannya dari
Kelantan dan Kedah.
"Pada ana, kita jangan menipu. Kena akui, kita pun giat nak selesai
isu Syiah ini. Macam-macam perangai. Bukan boleh selesai dalam masa
sehari. Kena makan masa.
"Syiah ini soal dalaman. Soal iktikad. Soal kepercayaan. Bukan boleh
buat main. Pada ana, elok KDN (Kementerian Dalam Negeri) buat tindakan
tegas. Kita pun tak mampu nak selesai isu ini secara dalaman. Kena minta
tolong polis juga," katanya.
Justeru katanya, pemimpin tertinggi Pas sepatutnya mengalu-alukan
tindakan polis untuk membanteras Syiah dalam parti dan bukannya
menafikan sama sekali kewujudan mereka.
"Puak-puak syiah dalam Pas ni pun jenis garang. Tak mahu mengalah.
Cakap ikut dan (suka). Mana tahu, kalau PDRM ambil tindakan, mereka
takut sikit.
"Lagipun, istilah "utama" itu besar maknanya. Kalau tiada pemimpin
utama, ana setuju. Tapi pemimpin perasan utama yang jaga Syiah, ramai...
Ana sendiri boleh namakan, tapi takut jadi fitnah pula," katanya.
Blog Terengganu Today (terengganutoday.com) pula berkata,
pendedahan berkenaan Syiah dalam Pas menambah kekalutan dalaman parti
itu menjelang muktamar yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Katanya, kumpulan tersebut yang sebelum ini merasakan cukup selesa
dan tidak tergugat, kini berusaha menunjukkan kekuatan dan kesepakatan
mereka dalam Pas.
"Serangan terhadap menantu Abdul Hadi Awang dibuat secara berterusan
dan tidak lagi berkala. Lebih menarik lagi ialah apabila ada kalangan
kepimpinan Pas berfahaman Syiah sudah mula mendekati UMNO untuk tujuan
tersebut," katanya.
Katanya, walaupun Tuan Ibrahim berusaha menenangkan keadaan agar Pas
tidak berpecah, namun beberapa nama lain yang dikaitkan dengan Syiah
bakal berhadapan dengan masalah dan ada dalam kalangan mereka tidak
mampu lagi bertaqiyyah untuk mempertahankan jawatan.
Bahkan tambahnya, nama-nama pemimpin berfahaman Syiah serta liberal
yang antaranya sedang memegang jawatan tinggi dalam parti itu sudah
pasti akan kehilangan jawatan mereka pada muktamar kali ini.
Blog Azmy Kelana Jaya (aakj.blogspot. com) pula
mendakwa dakyah Syiah begitu kuat di negeri-negeri yang dikuasai pakatan
pembangkang, terutama Kedah dan Kelantan manakala di Selangor pula
sedang berkembang pesat.
Katanya, walaupun Pas hanya sepenggal memerintah Kedah tetapi dakyah
dan pengaruh Syiah di negeri itu semakin berkembang malahan menjadi kubu
kuat fahaman itu di negara ini.
"Apakah benar seperti yang didakwa, semakin kuat Pas di sesuatu
tempat maka makin menular ajaran Syiah dan menurut sumber pakatan
pembangkang, pembawa 'virus' ini datangnya daripada golongan muda dalam
perjuangan Pas.
"Kononnya daripada pelajar yang balik dari Timur Tengah atau Iran,
kononnya pergi belajar di sana tetapi membawa balik ajaran sesat ke
Malaysia," dakwanya.
Di sebalik kekecohan berhubung filem The New Village yang dikatakan menonjolkan propaganda komunis, sebuah blog memaparkan tentang penghasilan sebuah filem tempatan, iaitu Bravo yang diyakini mampu menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
Blog Unreported News (unreportednews.blogspot.com) berkata, filem Bravo
inilah yang sepatutnya diberikan hak tayangan kerana ia memaparkan
sikap dan perjuangan sebenar komunis dan bukannya seperti dipaparkan
dalam The New Village.
Katanya, filem arahan Fauzi Nawawi dengan barisan pelakon utama
seperti Remy Ishak, Beto Khushairy, Datuk Hattan, Fizz Fairuz dan ramai
lagi, memaparkan kisah perjuangan lima anggota Rejimen Gerak Khas yang
ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis.
"Lima komando tersebut berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta
perancangan sulit mereka. Tetapi malangnya hubungan terputus akibat set
komunikasi yang rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera yang sepatutnya
tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 gerila.
"(Filem ini) dipetik daripada kisah benar yang diselongkar melalui
Diari Misi Komando. Dahulunya merupakan rahsia sulit ATM (Angkatan
Tentera Malaysia) dan kini dipaparkan untuk sama-sama kita fikir dan
nilai sumbangan mereka," katanya.
Kata blog ini, filem penuh aksi tersebut yang turut menggunakan
tenaga pelakon dalam kalangan pasukan tentera sendiri itu dijangka
ditayangkan kepada umum akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...