Ahli Majlis
Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, pengiktirafan yang diberikan oleh
parti itu seolah-olah merestui tindakan Tian Chua yang sebelum ini menyifatkan
kes pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara dan mainan politik UMNO.
Katanya,
pemimpin seperti itu tidak layak untuk terus berada dalam arena politik negara,
sekali gus menerajui negara yang sangat menyanjungi pengorbanan anggota
keselamatan negara.
"Saya
berasa sangat pelik dan kecewa apabila pihak pembangkang masih meletakkan
barisan kepemimpinan seumpama ini yang tidak ada rasa simpati kepada anggota
keselamatan negara," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis
penyerahan sumbangan Tabung Wira Negara di sini hari ini.
Yang hadir
sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam
(KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.
Dalam majlis
tersebut, Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Persatuan Nelayan Negeri
menghulurkan bantuan sebanyak RM66,000 kepada tabung tersebut manakala Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sebanyak RM20,000; AgroBank (RM10,000);
Lembaga Pertubuhan Peladang (RM9,000) dan Mardi (RM10,000).
Sementara
itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyerahkan sebanyak 1,000
bungkus makanan dan 1,000 kilogram buah-buahan.
Noh yang
juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, tindakan
kerajaan negeri Selangor memberi sumbangan kepada perajurit yang terkorban
sebagai tindakan mahu mengaburi mata rakyat.
Menurutnya,
selepas tindakan celupar Tian Chua menyatakan kes pencerobohan di Lahad Datu
sebagai sandiwara UMNO, sumbangan kerajaan negeri Selangor dibuat demi menutup
kesilapan barisan kepimpinan pihak pembangkang.
Katanya,
kesilapan Tian Chua itu ternyata menimbulkan kemarahan masyarakat di seluruh
negara terutama di daerah ini.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...