Kalau
sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara
Umno walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah
air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di
Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.
Giliran
Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang
dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah
"dimangsakan."
Apa
maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?
Jelas
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua
perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun
ingin dipolitikkan dan menjadi salah Umno.
Menuduh
Umno bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana Umno lah
pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Ada
pemimpin PR yang melawat lokasi ground zero?
Mereka
lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa
memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi
berjuang di Lahad Datu.
Apa
yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi Umno, pasukan keselamatan itu
menjadi mangsa dengan sandiwara Umno.
Adakah
Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu
itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?
Apa
yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa
melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan
perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?
Jika
itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja
mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.
Ketika
negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar,
pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.
Pembangkang
sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno, tapi mereka terlupa Reuters
melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan
Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...