Bekas Naib
Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Kit Siang 'gila kuasa'
walaupun rakan-rakan seperjuangan beliau sudah lama mengundur diri bagi memberi
laluan kepada muka baru.
Tunku Aziz berpendapat, antara punca calon bagi kerusi Parlimen Gelang Patah itu tidak mahu bersara lagi adalah kerana mahu memastikan kelangsungan politik anaknya, Lim Guan Eng kekal dominan.
"Saya
masih ingat bagaimana beliau sering mendesak pemimpin UMNO dan Barisan Nasional
(BN) supaya berundur kerana sudah terlalu lama dalam politik. Bagaimana pula
dengan diri sendiri? Cakap tidak serupa bikin.
"Cukup-cukuplah
Kit Siang. Saya rasa sudah tiba masanya beliau bersara secara bermaruah
daripada terus mengejar impian memerintah negara," katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau
mengulas gesaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu
rakyat menamatkan karier politik Kit Siang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR); Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dr. Mahathir
berkata, politik pimpinan ketiga-tiga mereka hanya 'bersatu di permukaan'
sedangkan hakikatnya mereka menipu sesama sendiri demi agenda politik
masing-masing selain mahu menjadi Perdana Menteri.
Kata Tunku
Aziz, perjuangan Kit Siang lebih menjurus kepada kepentingan peribadi selain
slogan retorik kononnya mahu berjuang membela nasib rakyat negara ini.
"Kit
Siang telah berhempas pulas memastikan Guan Eng memegang jawatan tertinggi
parti. Beliau juga telah memastikan Guan Eng menjadi ketua menteri. Itu adalah
perjuangan Kit Siang," katanya.
Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...