Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 20 July 2013

Habislah Masa Depan Rakyat Terengganu!

Usaha Pas mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16-16 tidak akan diterima rakyat, terutamanya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan itu dianggap populis bagi meraih perhatian.

Menurutnya, kempen sebegitu jelas tidak rasional kerana setiap individu dan rakyat di sesuatu kawasan atau negeri tentunya tidak mahu melihat keadaan kucar-kacir dalam pentadbiran kerajaan.


"Itu tindakan populis tetapi bagi mereka yang rasional, kempen sebegitu tidak masuk akal.

"Jika inginkan keadaan 16-16, bermakna mereka sengaja mahukan kerajaan tergantung dan dibawa oleh mereka yang tidak memikirkan masa depan rakyat Terengganu sebagai keutamaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah serta beramah mesra di Kampung Beris Pak Abu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Mohamed Noor dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Pada majlis tersebut, beliau menyerahkan kunci rumah kepada veteran komando, Muhammad Mat Diah yang lumpuh.

Pada kempen PRK ini, Pas membawakan tema '16-16, Terengganu Baharu' kerana mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini hanya mempunyai kelebihan dua kerusi dalam DUN Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...