Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 20 July 2013

Magik SPR Bakal Menjadi!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan warna dakwat digunakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan kekal walaupun dicuci.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, bagi mendapat kesan tanda dakwat pada jari, pengundi dinasihat memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup.

Beliau berkata, setelah dicelup, dakwat tersebut perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering.

"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci warnanya akan muncul semula di jari. SPR juga telah menghantar contoh dakwat kekal kepada Jabatan Kimia untuk diuji dari aspek kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam dakwat itu.


"SPR juga mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan mengenai penggunaan dakwat kekal itu bagi memastikan kandungannya tidak memudaratkan kesihatan pengundi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu diedarkan selepas proses simulasi pengundian dan cara mencelup dakwat kekal oleh SPR di Bilik Syarahan Pejabat Daerah Besut.

Dalam pada itu, Abdul Aziz mengingatkan pengundi supaya menggunakan pen yang disediakan untuk menanda kertas undi dan tidak menggunakan dakwat kekal pada jari itu.

"Kita menyediakan panduan penggunaan dakwat kekal kepada petugas bagi memastikan keberkesanan hasil penggunaannya," katanya.

Sementara itu, dua wakil media yang mencuba dakwat kekal tersebut mengakui tidak hilang biarpun dicuci dengan air dan sabun.

Wartawan Malaysiakini, Lee Long Hui bagaimanapun berkata, dia masih belum pasti sehingga bila dakwat itu akan kekal.

"Saya sudah cuci dakwat ini dengan menggunakan air dan sabun, selepas itu dakwatnya semakin terang tetapi tidak pasti sama ada kekal, kita perlu tunggu dan lihat sehingga bila," katanya.
Sementara itu, wartawan FZ.com, Sean Augustin turut mengakui perkara sama dan yakin dakwat akan kekal sekurang-kurangnya dua hari.

"Untuk tempoh berapa lama lagi ia akan ditahan kita kena tunggu dan lihat," katanya.
Isu dakwat kekal menjadi perdebatan hangat pada masa kini apabila pihak pembangkang mendakwanya tidak kekal dan akan hilang jika dibasuh dengan sabun.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...