Darahsatriadotcom

Followers

Saturday 20 July 2013

Najib Razak Bakal Ditentang!

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Johor menggesa pemilihan Pemuda UMNO Pusat yang akan dijalankan pada perhimpunan agung parti Oktober ini dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan kesemua jawatan.

Gesaan itu dicapai sebulat suara oleh seramai 20 daripada 26 Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang menghadiri mesyuarat khas Pergerakan Pemuda UMNO negeri di Pejabat UMNO Bahagian Batu Pahat di sini semalam.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata, permintaan itu dibuat bagi memastikan UMNO terus relevan serta mengambil kira suara akar umbi seperti yang termaktub dalam pindaan perlembagaan parti tahun 2009-2010.


Menurutnya, persetujuan itu tidak mempunyai sebarang motif, sebaliknya ingin melihat UMNO yang menjadi tunjang kerajaan terus relevan di hati rakyat.

"Pergerakan Pemuda UMNO negeri sebenarnya berterima kasih kepada Pergerakan Pemuda UMNO Pusat yang telah bekerja keras dalam meletakkan parti pada hati golongan muda sehingga mendapat kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, cuma biarlah pemilihan kali ini mengikut suara hati akar umbi.

"Malah, kami juga mengucapkan terima kasih dan menyanjung tinggi keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi kepercayaan kepada ahli Pergerakan Pemuda menjadi calon pada PRU-13 lalu sehingga memberi peluang kepada mereka menjawat jawatan penting dalam Kabinet," katanya selepas berbuka puasa bersama ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri di sini.

Selain itu, pihaknya juga meminta pucuk pimpinan UMNO supaya memberi ruang kepada golongan muda untuk bertanding dalam peringkat yang lebih tinggi dalam pemilihan parti kali ini.

No comments:

Post a Comment

Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...