Darahsatriadotcom

Followers

Saturday, 3 August 2013

Kita Dipihak Yang Benar!

Peranan media yang menyebar maklumat tepat mengenai kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah telah mengukuhkan sokongan rakyat terhadap usaha menentang pengganas sekali gus menyumbang kepada kejayaan menumpaskan musuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, media berperanan penting dalam menyebarkan maklumat yang menunjukkan Malaysia sebagai pihak yang benar dalam kejadian pencerobohan itu.

"Peranan media membentuk fikiran rakyat adalah amat penting, bukan sahaja masyarakat Sabah dan Malaysia tetapi masyarakat antarabangsa perlu diberi maklumat tepat bahawa kita di pihak yang benar.

"Benar dari segi kenyataan, benar dari segi undang-undang antarabangsa dan Perlembagaan serta benar dari segi moral. Rakyat Sabah membuat pilihan terbuka bahawa mereka mahu merdeka di Malaysia," katanya.

Bankleaks Anwar / Karpal!

Kemunculan surat misteri mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di daerah ini.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar.

Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.

Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Beliau percaya surat itu dihantar ke kediaman para penduduk Permatang Pauh dan mereka kemudiannya menghantar semula ke rumahnya.

Ramadhan Yang Penuh Dengan Dugaan Dan Cabaran Buat Melayu!

Bulan Ramadan yang mulia ini, masyarakat Islam di negara kita menerima ujian daripada beberapa peristiwa yang boleh dianggap sebagai dugaan terhadap kesabaran dan kewarasan pemikiran umat ini.

Pertama, peristiwa yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah oleh tindakan yang berbentuk diskriminasi terhadap pelajar-pelajar bukan Islam dengan 'memaksa' mereka minum dan makan dekat 'tandas'.

Kedua, keputusan mahkamah yang memutuskan bahawa tindakan seorang suami, bapa kepada tiga orang anak, mengislamkan anak-anaknya tanpa keizinan ibunya yang masih kekal dalam agama asalnya, tidak sah dan tidak mengikut Perlembagaan.

Sebelum peristiwa ini pun, telah berlaku beberapa penghinaan terhadap umat Islam, termasuk lukisan dan komen sinikal daripada anak muda bukan Islam yang mempersenda ibadat puasa, iaitu menunjukkan sepasang manusia yang berbuka puasa dengan makanan yang bertanda logo Halal, tetapi mesejnya ialah makanan itu amatlah diragui tentang status halalnya.

Friday, 2 August 2013

Kewujudan Syiah, Pas dan filem Bravo!

Fahaman Syiah sudah lama meresap dalam Pas dan ia diakui oleh beberapa bekas ahli Pas. Malahan beberapa pemimpin utama parti itu didakwa turut berpegang kepada fahaman tersebut. Namun ia dinafikan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com) mengakui bahawa memang ada pemimpin parti itu yang berfahaman Syiah tetapi jumlahnya tidak dapat dipastikan. Mereka kebanyakannya dari Kelantan dan Kedah.

"Pada ana, kita jangan menipu. Kena akui, kita pun giat nak selesai isu Syiah ini. Macam-macam perangai. Bukan boleh selesai dalam masa sehari. Kena makan masa.

"Syiah ini soal dalaman. Soal iktikad. Soal kepercayaan. Bukan boleh buat main. Pada ana, elok KDN (Kementerian Dalam Negeri) buat tindakan tegas. Kita pun tak mampu nak selesai isu ini secara dalaman. Kena minta tolong polis juga," katanya.

Justeru katanya, pemimpin tertinggi Pas sepatutnya mengalu-alukan tindakan polis untuk membanteras Syiah dalam parti dan bukannya menafikan sama sekali kewujudan mereka.

"Puak-puak syiah dalam Pas ni pun jenis garang. Tak mahu mengalah. Cakap ikut dan (suka). Mana tahu, kalau PDRM ambil tindakan, mereka takut sikit.

Apa Sebenarnya Agenda Dong Zong!

Memang ada logiknya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpegang kepada keputusan untuk tetap mahu melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 6 September ini.

Ini disebabkan PPPM itu sendiri dicapai hasil pertemuan dengan rakyat pelbagai lapisan yang mengutarakan pelbagai isu pendidikan - yang disifatkan suatu program luar biasa dalam sejarah pendidikan negara.

Sebenarnya, tidak ada sudahnya pun untuk kita melayan kehendak dan tentangan menggila Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

PPPM dihasilkan dari Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012 yang diadakan sejak 29 April tahun lepas di 15 lokasi di seluruh negara.

Dalam suatu pertemuan penulis dengan Pengerusi Panel Dialog itu, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, beliau sendiri melabelkan dialog berkenaan sebagai sesuatu yang 'fantastik'.

Dalam program tersebut, masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum tanpa mengira ideologi diberi ruang untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku dalam hati serta berpeluang mengesyorkan cadangan-cadangan untuk penambahbaikan sistem pendidikan.

Kes Liwat Anwar!

Rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 17 dan 18 September depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Darmafikri Abu Adam pada pengurusan kes hari ini. Anwar diwakili oleh peguam Sangeet Kaur manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin.

Pengurusan kes ditetapkan susulan penangguhan rayuan pendakwa raya yang sepatutnya didengar minggu lalu ekoran peguam utama yang mewakili Anwar, Karpal Singh dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit belakang.

Najib Perlu Ambil Iktibar Kejayaan Ayahnya!

Kerajaan bersetuju mengambil iktibar daripada kebijaksanaan penyatuan nasional yang dirintis oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein pada era pentadbiran Perdana Menteri kedua itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, perkara itu akan diambil kira oleh pasukan khas yang dipertanggungjawab merangka Pelan Penyatuan Nasional dan juga diserapkan dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN).

Katanya, cadangan dan idea bernas daripada orang ramai menerusi perbincangan meja bulat juga amat dialu-alukan untuk menjayakan penyatuan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Lim Guan Eng Hadapi Tekanan Besar!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu jika beliau benar-benar yakin terhadap ahli-ahlinya.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ini kerana, melihat kepada keadaan sekarang, Ketua Menteri Pulau Pinang itu ternyata takut dengan ramai perwakilan DAP itu sendiri.

Berikut adalah kenyataan Ruslan berhubung perkara tersebut;

* Lim Guan Eng tidak perlu takut menghadapi pemilihan semula CEC jika beliau betul-betul yakin dengan ahli-ahlinya sendiri. Ternyata beliau takut dengan ramai perwakilan DAP itu sendiri. Maka sebab itu kita semua tidak hairan apabila ada dakwaan mengatakan wujudnya 547 perwakilan haram semasa pemilihan CEC pada Disember lalu. Tanpa perwakilan haram sudah tentu undi Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh akan merosot.

Kerajaan Tidak Berkompromi!

Kerajaan memberi jaminan tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan kedaulatan negara sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan spekulasi TPPA akan mengakibatkan kedaulatan negara terjejas.

"Kita sudah pasti tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan negara walaupun terdapat peruntukan berhubung mekanisme pertikaian antara pelabur dan kerajaan," katanya ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Thursday, 1 August 2013

Bekas Tahanan EO Dalang Tembak Menembak!

Siasatan awal polis mendapati 90 peratus daripada kejadian tembak yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

Bekas tahanan terbabit dipercayai kembali aktif dalam jenayah dan bertindak terhadap mangsa baru, seteru serta membalas dendam terhadap saksi yang mengakibatkan mereka ditahan di Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor, sebelum ini.


Sehubungan itu, jawatankuasa kecil Kabinet yang diketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencadangkan supaya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkukuhkan dengan melihat aspek membanteras jenayah berat sebagai satu elemen penting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...