Serangan pertama
adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam
ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU)
selama empat hari. Beliau kemudian
dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam
masa terdekat.
Sebelum itu,
ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan
gastrik.
PI Bala baru
saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam
PRU-13. Beliau sebelum ini telah
melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang
bertanggungjawab membunuh Altantuya.
PR yang terkenal
dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk
mempolitikkan kematian Bala. Ini
terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun
membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.
Kredibiliti Bala
menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja
telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati
mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis. Antara jenayah yang dilakukannya turut
tertakluk di bawah Akta Penculikan.
Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.
Bala
menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah
tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya. Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal
dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan
Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.
Bala dikhabarkan
telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang
RM50,000 kepada Altantuya. Versi yang
lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian
scorpene.
Memandangkan kes
scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang
penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka
secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.
Justeru, kita
kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala
untuk disampaikan kepada Altantuya. Jika
benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di
pejabat dan rumah Razak? Ia hanya masuk
akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut. Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu
mengesahkannya.
Maka tidak
mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan
berbelit-belit. Dan tidak mustahil ini
juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke
Malaysia bagi membantu PR.
Ini kerana, Bala
tahu apa yang benar apa yang tidak. Dan
kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara
berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.
Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.
Seluruh dunia
tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi
kerajaan. Ini kerana, Raja Petra yang
turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira
bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.
Jika benar Bala
diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi
berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh,
bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan
Altantuya? Dan kenapa beliau berani
pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?
Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri,
dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup
dan kejam seperti yang dituduhnya?
Jelaslah, bahawa
kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh
Bala. Tidak mustahil Bala sendiri yang
menjadi kunci semua kekusutan ini.
Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke
tangannya.
Apapun, Raja
Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan. Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam
kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah
diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana
Menteri sedangkan ia tidak benar.
Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi
menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.
Paling menarik,
bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang
berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.
Emapt pihak telah
mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita
melihat kebenaran? Patutlah Bala tidak
mampu menghadapi dunia lagi.
Kita ucapkan
Takziah kepada keluarga Bala. Harapan
kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula. Biarlah dia tenang menerangkan kepada
Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.
Semoga mereka
yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada
bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...