Timbul
cakap-cakap di kalangan pemimpin dalaman parti itu sejak beberapa hari lalu
yang dikatakan mula melahirkan rasa kecewa ekoran tindakan bodoh Tian Chua itu,
kerana telah merugikan pakatan pembangkang khusunya PKR.
Tambah
membimbangkan mereka, bilamana penurunan mendadak sokongan pengundi di kalangan
anggota polis dan tentera yang sebelum ini, dilihat mula beralih kepada pakatan
pembangkang.
Namun
ekoran perkembangan di Lahad Datu, pakatan bukan sahaja bakal kehilangan undi
anggota polis dan tentera, namun akan turut menyaksikan penurunan sokongan
di kalangan keluarga, sanak saudara dan
golongan atas pagar dari kumpulan tersebut.
Kegagalan
Tian Chua dalam menjaga sensitiviti tersebut, dilihat akan memberikan kesan
terhadap calon-calon PKR yang bakal diletakkan bertanding khususnya di kawasan
yang mempunyai peratusan majoriti undi Melayu. Malah menurut sumber tersebut,
penurunan secara mendadak sokongan rakyat di Sabah juga amat merungsingkan,
kerana sebelum ini, mereka hampir pasti dapat merampas negeri tersebut dari
pengaruh BN/Umno.
“Kenyataan
bodoh Tian Chua itu, akan menyebabkan ramai calon-calon ‘favorite’ PKR
‘tersungkur’, malah kalau Ketua Umum (Anwar Ibrahim) gagal menjelaskan dan
menarik kembali sokongan rakyat boleh menyebabkan Pas dan DAP turut menerima
kesan yang sama” menurut sumber tersebut yang meminta agar identitinya
dirahsiakan.
Menurutnya
lagi, sebelum ini dia yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya
pada pilihanraya yang lalu, namun ekoran kenyataan tersebut telah menyebabkan
ramai dikalangan pengikut dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Untuk rekod,
beliau sebelum ini adalah merupakan salah seorang ahli parlimen yang bertanding
atas tiket PKR di salah sebuah negeri di Pantai Timur.
Seorang
lagi pemimpin PKR yang ditemui menjelaskan, hasil kajian dan analisa yang
dilakukan melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan
sebagainya juga melihatkan penurunan sokongan pengundi atas pagar khususnya
generasi muda.
Walaupun
pada mulanya mereka hanya ingin melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah
terjadi, namun kegagalan pimpinan PKR dalam menjawab kembali semua dakwaan yang
dilemparkan telah memburukkan keadaan. Ia kerana tragedi berdarah ini, telah memakan masa yang agak lama dan menelan
angka korban yang ramai khususnya di kalangan anggota keselamatan. Maka
perasaan simpati mereka, telah bertukar kepada tanda tanya dan persoalan yang
akhirnya telah menyebabkan mereka mula sangsi dengan pakatan pembangkang.
Menurut
sumber tersebut, ada dikalangan ahli dan penyokong akar umbi yang telah mula
mendesak pimpinan kawasan agar mengusulkan kepada pimpinan PKR pusat agar
mengugurkan Tian Chua dari senarai calon PKR. Ia bagi mengelakkan isu tersebut
terus digunakan dan dimainkan oleh media BN/Umno untuk menarik undi simpati.
“Sesuatu
perlu dilakukan oleh pimpinan PKR pusat, kerana isu Tian Chua telah mula
menjadi liabiliti kepada parti” katanya.
Beliau
turut mengharapkan agar Perdana Menteri tidak mengambil keputusan untuk
membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat. Ini kerana, PKR memerlukan
sedikit masa untuk memastikan jentera penerangan dapat digerakkan secara
menyeluruh bagi membetulkan keadaan.
“Kalau
(Datuk Seri) Najib bubar Parlimen, sebelum pimpinan PKR pusat sempat
mengerakkan jentera bagi membetulkan keadaan, maka PKR bakal berhadapan dengan
satu masalah yang besar” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...