Bagaimana
wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang yang
bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah? Untuk menjawab persoalan itu,
elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah adalah guru kita, ia boleh
dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan berguna.
Sebahagian punca
yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia disebabkan wujudnya
sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2 (APCET II) yang diadakan
di Kuala Lumpur pada 9 November 1996. Sebelumnya, Sidang APCET I pernah
diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
Tujuan
penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu
pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur tangan
antarabangsa. Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda UMNO dan
salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang ketika itu adalah
Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.
Berikutan
tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu, PAS pula bangkit sebagai
pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah Sidang APCET II,
seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha memerdekakan Timor Timur dari
Indonesia.
Salah satu NGO
yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM, sebuah pertubuhan
bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan Malaysia khususnya dalam isu
Kapal Selam Scorpeane.
Watak lain yang
turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan R.Sivarasa. Kebetulan
yang amat menarik, kedua-dua pemimpin PKR ini telah ke Manila, Filipina pada 7
Februari 2013 yang lalu, dua tiga hari sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad
Datu, Sabah.
Kira-kira dua
tahun selepas Sidang APCET II, Indonesia dilanda ribut reformasi yang
sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu Amien Rais
yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia menggantikan Suharto.
Setahun
kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie akhirnya
satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang memihak kepada gerakan
pemisah. Selepas itu diikuti dengan berlakunya rusuhan besar-besaran melibatkan
pertempuran antara orang Islam dan Kristian.
Tiga tahun
kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana ia juga kini
merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau Nusantara.
Ringkasan
sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh berulang
semula, yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula sementelah lagi salah
seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah di tahan di bawah ISA
berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Malah beberapa
bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin kepercayaan Anwar
di Sabah itu pernah menemui waris 'Kesultanan Sulu', manakala Anwar pula pernah
beberapa kali menemui rakan akrabnya yang pernah memimpin MNLF iaitu Nur
Misuari yang diketahui umum begitu bercita-cita untuk menakluki Sabah.
Kebetulan juga
Nur Misuari mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan merupakan
penyokong kuat kepada tuntutan ke atas Sabah, dan kebetulan juga sebahagian
besar pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III merupakan anggota MNLF yang setia
kepada Nur Misuari.
Dalam pada itu,
laporan oleh Reuters baru-baru ini yang memetik kenyataan sumber risikan
tentera Filipina mengesahkan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu ada kaitan
dengan jemputan dari Ketua Pembangkang Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.
Tambah menarik
lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Anwar kelihatannya cukup bergembira
menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" seakan satu bayangan akan ada
sesuatu yang besar seperti Timor Timur bakal berlaku. Mungkin ya, mungkin
tidak.
Apa pun sejarah
hitam Indonesia kehilangan Timor Timur sewajarnya dijadikan iktibar dan diambil
pengajarannya. Kita tidak mahu Sabah mengulangi sejarah tersebut dan tentu
sahaja majoriti rakyat Sabah langsung tidak terdetik untuk berada di bawah
kekuasaan Jamalul Kiram III yang sudah terbukti kekejamannya itu.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...