Insiden
pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam
orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang
mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini.
Sebanyak
lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di
Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai
Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan
ketenteraman negeri.
Kawasan
keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah
yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke
semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400
kilometer.
Kawasan
yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan
dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar
dari insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.
Usaha
menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif
yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri
ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.
Kewujudan
ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari
terus berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para
pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.
Sekitar
tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang
(RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di
Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan
pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.
Justeru
itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama
seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan
merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...