Entah siapa yang
nak ditipunya tak tahulah, namun realitinya kenyataan asal Tian Chua yang
memperolokkan insiden di Lahad Datu, Sabah bukannya disiarkan oleh Utusan
Malaysia, Berita Harian atau TV3, sebaliknya terpampang jelas dalam portal
milik PKR.
Dalam artikel
bertarikh 1 Mac 2013 itu, Tian Chua dipetik sebagai berkata;-
"Pencerobohan
di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat
seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Ada konspirasi oleh kerajaan
UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad
pengenalan kepada warga asing."
Manakala dalam
perenggan pertama artikel itu pula menyebut;-
"Serangan
tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO
untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden
KEADILAN, Tian Chua."
Siapa sahaja
yang membaca kenyataan di atas tentunya faham betapa terang lagikan bersuluh
maksudnya menjurus kepada memperolokkan insiden pencerobohan di Lahad Datu.
Sama ada di baca secara tersurat atau tersirat, pengertiannya tetap sama.
Menuduh media perdana
memanipulasi dan memutar belitkan kenyataan Tian Chua memang semudah ABC, sama
sebagaimana mudahnya Tian Chua menuduh kejadian di Sabah adalah sandiwara dan
konspirasi UMNO & Kerajaan. Tapi imaginasi dan realiti banyak perbezaannya.
Nik Nazmi itu mungkin
bermaksud mahu membuktikan solidaritinya sesama rakan seperjuangan dalam PKR,
tapi ia nyata tidak bijak sama sekali sebaliknya mengundang lebih banyak
cemuhan umum terhadap parti itu.
Di saat genting
sebegini di mana negara sedang diancam pencerobohan dan keganasan oleh kumpulan
pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III, memang tidak wajar dibiarkan begitu
sahaja komen negatif sebagaimana diungkapkan oleh Tian Chua.
Sekalipun Tian
Chua adalah Ahli Parlimen, ia tetap bukan satu lesen untuknya meremehkan
peristiwa berdarah yang berlaku di Sabah, malah sebagai Ahli Parlimen juga
bukannya alasan kukuh untuk pemimpin kanan PKR itu di beri keistimewaan untuk
bebas dari sebarang pendakwaan di Mahkamah.
Kenyataan Tian
Chua itu tidak hanya menunjukkan dirinya tiada semangat patriotisme malah
meletakkannya setaraf seperti pengkhianat. Orang sebegini layakkah diangkat
sebagai pemimpin? Tentu sekali tidak!
Proses
pendakwaan dan perbicaraan terhadap Tian Chua wajib diteruskan, desakan atau
gesaan supaya kes ini digugurkan jangan sesekali dilayan. Negara kita ada
undang-undang, pemimpin atau rakyat, orang kenamaan atau orang biasa, jika
terbukti bersalah wajib dihukum.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...