Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.
Dalam
keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu
menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan
kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.
Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara. Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan merampas kuasa politik.
Dalam
isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk
mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan
negara.
Secara
sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan
negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri
Sabah daripada terus diserang pengganas.
Pembangkang
sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit
supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka. Tidak
keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh
dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.
Tindakan
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari,
pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan
sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan
pengkhianatan.
Pengkhianat
seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman
setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan
mereka. Tindakan
pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung
kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.
Rakyat
Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju
dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah
dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.
Sejarah
perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam
negara. Bermula
dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu melalui teknik
photoshop, ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.
Beliau
juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas
dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan
reformasi di Dataran Merdeka dahulu. Politik
Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi
politik yang menjahanamkan negara.
Mereka
berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan
luhur.
Dengan
menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat, pembangkang sebenarnya
menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka
yang bermotifkan kejahatan.
Umpamanya,
Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib
Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran
mengenai murtad.
Pembangkang
bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang
bukan sahaja politik. Ini
termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh
kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.
Anwar
kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai
isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk
mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.
Anwar
menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah
menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada
20%. Terakhir
pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah
pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah
tersebut.
Namun
Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang
kerajaan.
Akhirnya
apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah siapa sebenar pengkhianat
dan dalang merancang pencerobohan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Admin tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang diberikan... Harap komen yang diberikan tidak berbaur perkauman dan tidak berunsur lucah...