Masyarakat Malaysia hari ini amat gemar mempercayai mesej pesanan
ringkas pendek dan padat berbanding kisah panjang berjela sebagaimana
yang ditulis oleh wartawan dalam surat khabar seperti Utusan Malaysia yang merupakan akhbar paling berpengaruh semenjak 75 tahun lalu.
Sebagai media tertua di negara ini, Utusan Malaysia ibarat kata Seniman Datuk Aziz Sattar dalam satu dialog adegan filem Seniman Bujang Lapok.
Beliau berkata kepada peraih berbangsa Cina.
"Macam-macam ada cerita di
dalamnya..." (Beliau merujuk peranan akhbar yang membekalkan segala
pengetahuan tetapi dijual dengan harga pukal apabila sudah basi bahan
berita di dalamnya).
Begitulah analoginya kalau kita menganggap akhbar sebagai sekadar
bahan perniagaan bukan menyuarakan perjuangan sesuatu bangsa dan negara
itu sendiri. Akhbar dijadikan alat untuk menempah populariti semata-mata
oleh pihak tertentu bukan satu wadah untuk memperolehi sebanyak ilmu
dalam bidang politik, bisnes, hiburan dan paling dicari ialah iklan
kerja kosong dalam sektor awam.
"Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut."
Tuesday, 17 September 2013
Sunday, 15 September 2013
Hina Bendera Boleh Dihukum!
Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan dan maruah
bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri
untuk mewujudkan perasaan bangga, hormat dan rasa kecintaan terhadap
tanah air.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Jalur Gemilang pada pukul 11.58 malam, 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Ke-40, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Namun apa pula halnya dengan tindakan kurang bijak dan memalukan apabila beberapa individu tertentu berbangsa Melayu yang sengaja mengibarkan bendera diberi nama Sang Saka Malaya pada malam sambutan Hari Kemerdekaan, baru-baru ini.

Thursday, 12 September 2013
Marah Bukan Kepalang Apabila Harga Minyak Naik!
Minggu lalu saya ada menulis betapa perlunya Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sentiasa turun padang memantau
harga barangan kerana kemungkinan besar peniaga-peniaga akan menaikkan
harga barangan dan makanan sesuka hati ekoran pengumuman kenaikan harga
petrol sebanyak 20 sen seliter.
Dan kita pun memang menjangkakan perkara itu pasti berlaku. Sehingga kini kementerian berkenaan telah menerima beberapa aduan berlakunya kenaikan harga di sana sini.
Seorang teman bercerita kepada saya, berkuatkuasa saja kenaikan harga itu pada pukul 12 malam Isnin baru-baru ini, keesokkannya hari Selasa pada pukul 8 pagi di sebuah warung nasi lemak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, seorang mak cik yang biasanya menjual nasi lemak berharga RM2.50 sebungkus, mulai hari itu menaikkannya sebanyak 50 sen.
Apabila ditanya kenapa naik sehingga 50 sen, mak cik itu menjawab: Kan minyak petrol sudah naik malam tadi? Tak tengok berita kah? Barang-barang pun naiklah."

Wednesday, 11 September 2013
Malaysia Perlu Undang-Undang!
Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk
pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan
Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
"Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah)," katanya.

Tuesday, 10 September 2013
Pengikut Tegar Syiah Mohon Keluar Daripada Islam?
Pengikut-pengikut tegar Syiah di negara ini sanggup memohon untuk
keluar daripada Islam semata-mata mahu mengamalkan ajaran tersebut
secara terbuka.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui selepas menerima ratusan salinan surat permohonan daripada pengikut fahaman terbabit.
Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

Monday, 9 September 2013
Ideologi Melampau Kibaran Bendera!
Tindakan segelintir individu rakyat kita yang mengibarkan bendera
Sang Saka Malaya" ketika negara meraikan kemerdekaan merupakan bentuk
kezaliman terhadap dirinya dan kepada negara. Zalim kepada dirinya
kerana perbuatan itu merosakkan pandangan orang lain terhadap dirinya.
Dengan perbuatan yang melampau itu, tiada lagi kredibiliti yang
dimilikinya sehingga dengan sendirinya dia meranapkan masa depannya
sendiri.
Dianggap sebagai zalim kepada negara kerana dengan perbuatan itu, dia telah menggugat Perlembagaan negara yang menjadi teras kepada keagungan dan kewibawaan negara. Tindakan melampau itu juga boleh diiktiraf sebagai mencabul undang-undang negara yang sudah menetapkan Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi negara yang mesti dihormati dan dijunjung tinggi.
Bendera adalah lambang kepada kedaulatan dan maruah sesebuah negara. Mereka sepatutnya merenung dan bertafakur secara mendalam terhadap makna di sebalik kehebatan sebuah bendera. Demi sang bendera, para pejuang dan pahlawan kita dahulu mempertaruhkan dan menggadaikan nyawa mereka menentang penjajahan.

Friday, 6 September 2013
Cukai Jalan Bakal Dimansuhkan?
Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)
mencadangkan kerajaan memansuhkan cukai jalan dan mengurangkan kadar
insurans bagi kenderaan berkapasiti kurang daripada 2,000cc.
Presidennya, Datuk Hashim Othman berkata, kerajaan harus peka terhadap keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya golongan berkenaan dapat mengharungi cabaran semasa ekonomi negara.
"Saya berharap daripada penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan subsidi bahan api dapat digunakan untuk memansuhkan cukai jalan kenderaan dan pengurangan kadar insurans," katanya di sini.

Jom Fahami Kenaikan Harga Minyak!
Kenaikan harga minyak merupakan isu ekonomi paling sensitif buat
rakyat Malaysia. Tindakan merasionalisasikan subsidi minyak adalah satu
tindakan yang tidak popular.
Bagi mana-mana pemimpin pun ia boleh mencetuskan dilema kerana perlu membuat pertimbangan sama ada ingin terus menjadi popular yang mana sentiasa kelihatan mementingkan kebajikan rakyat ataupun mengutamakan kedudukan kewangan negara dalam tempoh jangka masa panjang.
Di sinilah, seorang pemimpin kena membuat pertimbangan terbaik. Jika mahukan populariti, nescaya, apa sahaja yang menyenangkan hati rakyat akan dipertahankan.
Namun, dalam tempoh jangka masa panjang kedudukan kewangan negara akan terjejas teruk. Iktibar pemimpin-pemimpin negara Barat yang terlalu menjaga populariti mereka menyebabkan ekonomi negara mereka dilanda kemelesetan teruk.

Sana Sini Minyak... Jangan Ada Yang Naik Minyak!
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Barisan Nasional (BN) sentiasa
berusaha menjadi kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan popular
semata-mata apabila mengurangkan subsidi minyak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu yang menyebabkan harga petrol RON 95 dan diesel naik sebanyak 20 sen bukan bertujuan membebankan rakyat, sebaliknya mahu memperkukuhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, kerajaan pada masa ini menanggung sebanyak RM24 bilion subsidi setahun untuk bahan bakar dan keputusan mengurangkan kadar subsidi itu dapat menjimatkan sehingga RM3.3 bilion setahun.

Saturday, 31 August 2013
Guan Eng Takut Dijatuhkan!
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membelakangkan perlembagaan parti apabila tergesa-gesa menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) menunjukkan beliau takut musuh-musuh politiknya mengumpulkan tenaga untuk menjatuhkannya.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan berkata, ini kerana sebagai pemimpin, Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.
Menurut Ramanan, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang memapah beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik Ahli Parlimen Bagan berkenaan.
Namun begitu, dalam keadaan Guan Eng tidak berpengaruh dalam kalangan ahli DAP kini, dia boleh juga meneruskan lakonannya di hadapan rakyat negara ini. Mungkin selepas ini jika Guan Eng kalah, dia boleh bekerja dengan pelakon Hollywood, Tom Cruise di Amerika Syarikat.
Subscribe to:
Posts (Atom)