Darahsatriadotcom

Followers

Friday, 31 May 2013

Karier Politik Lim Guan Eng Bakal Berakhir?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar menunjukkan isi kandungan surat Pendaftar Pertubuhan (ROS) kepada umum bagi membuktikan beliau tidak berbohong dan tidak pernah memanipulasi surat bertarikh 17 April 2013 itu.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sekiranya cabarannya tidak disahut, itu membuktikan Guan Eng berdusta dalam isu surat tersebut semata-mata mahu meraih simpati rakyat.

Ujarnya, beliau sendiri membaca surat ROS kepada DAP itu dan di dalam surat berkenaan, langsung tidak dinyatakan pihak ROS mahu membatalkan pendaftaran DAP serta melarang penggunaan logonya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Nurul Izzah, Tian Chua Dihalau...

Jabatan Imigresen Sabah mengesahkan bahawa larangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar daripada memasuki Sabah dibuat mengikut lunas undang-undang.

Pengarahnya, Noor Alam Khan A. Wahid Khan berkata, larangan itu tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri dan pihaknya hanya mematuhi arahan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri.

"Beliau (Nurul Izzah) ditolak masuk (not to land) mengikut Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/1963 atas arahan pihak Kerajaan Negeri Sabah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini malam ini sambil enggan mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan.

Aura Kit Siang Bertaut Disanubari!

Seorang guru wanita dari sekolah menengah dekat Gelang Patah, di sini, kini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, selain menghasut pelajar membenci kerajaan.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad, berkata siasatan itu susulan laporan diterima daripada ibu bapa seorang pelajar yang mendakwa anaknya dan beberapa pelajar lain sering dihambur perkataan kesat dan menghina. 


Tembelang DAP Terbongkar!

Hasil siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai ahli DAP yang layak menghadiri Kongres Kebangsaan Ke-16 parti itu tahun lalu, tidak menerima notis panggilan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, perkara itu didedahkan sendiri oleh ahli-ahli DAP terbabit.

Disebabkan tidak menerima notis panggilan menghadiri kongres tersebut katanya, ramai dalam kalangan mereka yang layak mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti diadakan pada tahun itu gagal berbuat demikian.

Anwar Semakin Menjadi-Jadi!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain dengan api apabila terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Anwar pasti sedar bahawa penduduk negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan sudah tentu keadaan sukar dikawal jika berlaku huru hara.

Beliau berkata, Anwar juga perlu sedar apa yang cuba dilakukannya itu boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan jutaan rakyat Malaysia.

Kit Siang Cetus Curiga...

Penafian Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya tidak mengetahui kewujudan tentera siber parti itu yang dikenali sebagai Red Bean Army mengundang kecurigaan walaupun telah mendapat liputan meluas media. 

Ironinya, kewujudan tentera siber Red Bean Army yang didakwa 'ditaja' DAP sebenarnya telah didedahkan sendiri oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun dalam wawancaranya dengan portal berita Mynewshub yang dimuat naik ke laman YouTube bulan lepas.

PAS Diberi Kata Putus!

Parti pembangkang khususnya Pas perlu berhenti daripada bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kempen Anwar Spring yang digerakkan Ketua Pembangkang itu sejak pilihan raya umum lalu bermotifkan peribadi.
 
Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Pas akan dihukum dengan lebih teruk oleh majoriti rakyat jika berterusan membiarkan diri dijadikan alat tunggangan Ketua Pembangkang kerana masyarakat mahukan keamanan bukan demonstrasi Anwar Spring.

Beliau yang bersetuju dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan perhimpunan haram anjuran pembangkang sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring menambah, Pas perlu berhenti daripada terus diperbodohkan.

Thursday, 30 May 2013

PAS Bertambah Marah Dengan PKR!

Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' Pas apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.
 
Perkara itu disuarakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang Naib Presiden Pas ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli Pas telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Nurul Izzah Bakal Ditahan?

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung dakwaan 'jahat' yang dibuat sehari sebelum hari mengundi.

Katanya, laporan tersebut berkenaan tuduhan berkaitan urus niaga pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Tindakan ini diambil apabila melihat terdapat elemen salah laku yang dibuat oleh pihak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Pantai Baharu hari ini.

Bila Nyawa Jadi Galang Gantinya!

Kira-kira 50 aktivis prokerajaan yang mewakili Anak Malaysia Negeri Melaka mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat keamanan negara.
Sambil menyifatkan perhimpunan haram sebagai usaha pihak pembangkang cuba mencetuskan huru-hara ekoran rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mereka berharap kementerian tidak gentar dengan ancaman dan ugutan daripada penganjur perhimpunan tersebut.

Semangat Ala Mahathir?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa semangat ala Mahathir mula wujud selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menangkap beberapa pemimpin dan aktivis propembangkang baru-baru ini.
 
Menurut Khalid, PDRM hanya menjalankan tugas menangkap mereka yang menimbulkan kekecohan di dalam negara.

"Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan 'Mahathirisme'. Sesiapa sahaja yang mengganggu gugat keamanan tidak kira mereka di pihak mana, maka polis akan mengambil tindakan dan jika perlu kami akan tangkap," katanya.

Dong Zong : Diberi Betis Nak Peha Pula!

Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu menerima pelantikan dua menteri Kabinet daripada kaum Cina, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching secara terbuka kerana pelantikan itu dibuat atas dasar kredibiliti.
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan tersebut juga adalah ‘bayaran’ kepada persatuan ekstremis Cina itu kerana menolak calon-calon MCA dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

‘‘Kebanyakan kaum Cina menyokong DAP pada pilihan raya umum lalu dan menolak hampir sebahagian besar calon MCA dan Gerakan yang kebanyakannya berkaliber untuk diangkat sebagai menteri.

BN Jumpa Taktik Baru Sebelum Rebah!

Barisan Nasional (BN) perlu berani melakukan pembaharuan dan perubahan bagi memastikan parti itu sentiasa relevan serta mesra rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pembaharuan dan perubahan dari segi strategi, pendekatan, program dan lebih pragmatik penting sebagai persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. 



“BN perlu berani berubah sebelum rakyat menolak, kerana walaupun sudah memegang pemerintahan secara berterusan selama 56 tahun dan sudah melakukan pelbagai usaha pembangunan untuk semua kaum namun ia bukan jaminan untuk terus kekal memerintah.

Rafizi Ramli Semakin Tertekan!

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menghadapi jalan buntu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-Allah, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Dalam Aku Janji pilihan raya umum ke-13 lepas, Barisan Nasional berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara. 

Wednesday, 29 May 2013

Anwar Spring?

Siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk memburukkan kerajaan termasuk membantah keputusan PRU-13 hanya untuk menonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia lebih sesuai digelar ‘Anwar Spring’ dan pembangkang tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan mendakwa ia mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. 

Katanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP mengakui dan terima kekalahan pada PRU-13 lalu, namun hanya Anwar yang tidak mahu menerima kenyataan sehingga menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan. 

Zahid Teruskan Taringnya Yang Berbisa...

6 lagi didakwa

  • Dituduh menganjur perhimpunan haram di lima negeri
  • Boleh didenda hingga RM10,000 jika sabit kesalahan

Enam lagi pemimpin pembangkang didakwa di Mahkamah Sesyen di lima negeri, semalam, mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kerana menganjurkan perhimpunan haram sepanjang bulan ini.

Dua daripada mereka didakwa di Perak, manakala masing-masing seorang di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) APA 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.

Bila PAS dan PKR Mula Bertelagah!

Dewan Pemuda PAS menyelar Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, supaya tidak berlagak sebagai hero dengan mencela Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Bendahari pergerakan itu, Khairil Nizam Khirudin, turut mengingatkan Shamsul Iskandar supaya tidak cuba mengajar PAS mengenai konsep tahalluf siyasi jika gagal memahami maksud sebenar dan syaratnya. 



“Jangan jadikan tahalluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Presiden sebagai modal untuk berlagak hero di hadapan perwakilan AMK. Jangan mencela Tuan Guru Presiden seolah-olah beliau bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik.

Bila DAP Mula Ketakutan!

Kecaman serta penghinaan berterusan yang dihamburkan oleh Red Bean Army terhadap kerajaan jelas membuktikan tentera siber DAP itu gagal menutup rasa kecewa kerana tidak berjaya memperoleh 'kuasa' di Putrajaya.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun beliau sendiri tidak terlepas daripada serangan tentera siber berkenaan, perkara itu adalah lumrah bagi mereka yang bergelar ahli politik.

Meskipun tidak menyatakan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap pihak terbabit, beliau dengan nada sinis memberitahu, mereka merupakan jenis manusia yang hanya tahu menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri.

Tuesday, 28 May 2013

ABC : Anwar Banyak Cakap!

Sekumpulan 50 aktivis prokerajaan di negeri ini menganjurkan perhimpunan secara aman bagi membantah keras pihak yang masih mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Mereka turut mengutuk sekeras-kerasnya siri perhimpunan 'Blackout 505' selain menegaskan, sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan kesejahteraan negara jika ada pihak tertentu mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan serta kekerasan.

Pengarah Strategi PKR Bakal Ditelanjangkan!

Semua pihak yang mendakwa mempunyai bukti kepincangan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini, diminta mengumpulkan semua bahan berkenaan bagi memfailkan petisyen dalam tempoh 21 hari selepas PRU-13 berakhir.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bukti dimaksudkan itu termasuk laporan polis berhubung dakwat kekal.

 
Dakwat kekal hilang

Beliau berkata, SPR tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin membuat laporan polis berhubung penggunaan dakwat berkenaan atau aspek berkaitan PRU-13.

“Kami di SPR juga ingin mengetahui mengapa ada kejadian dakwat tidak kekal kerana SPR tidak pernah berniat untuk menipu atau menyebelahi mana-mana parti politik.

“Kami menubuhkan pasukan khas untuk menyemak hal berkaitan dakwat berkenaan yang dijangka siap dalam tempoh sebulan lagi,” katanya yang berada di luar negara atas urusan rasmi.

Terdahulu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa dakwat kekal itu antara penipuan dilakukan SPR dalam PRU-13 , sekali gus bermakna kemenangan Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai tidak sah.
Beliau yang membuat laporan polis di Balai Polis Tropicana mendakwa, kesan dakwat di jarinya hilang pada jam 5 petang, iaitu hampir lapan jam selepas mengundi pada 5 Mei lalu.

Mengulas laporan polis itu, Abdul Aziz berkata, polis akan menyiasat laporan berkenaan dengan kerjasama SPR, iaitu tindakan sama diambil ke atas laporan lain sebelum itu.

Nafi dakwaan Rafizi

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Negeri Kedah, Juhari Abdul Rahman, menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, kononnya wujud pengundi hantu termasuk kejadian ‘blackout’ (gangguan bekalan elektrik) ketika proses pengiraan undi berlangsung PRU-13 lalu di negeri ini.

Katanya, sehingga hari ini iaitu selepas kira-kira tiga minggu PRU-13 berlalu, SPR negeri tidak menerima sebarang laporan mengenai kes seperti didakwa Rafizi itu sama ada membabitkan kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi atau kewujudan pengundi hantu.

Dendam Siam Pada Karpal Singh!

Masyarakat Siam negara ini membantah cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk memansuhkan Dewan Negara.
 
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Boon Som Inong berkata, tindakan itu bukan sahaja dilihat sebagai satu penghinaan kepada institusi negara, malah menafikan hak kaum-kaum minoriti untuk mengemukakan pandangan mereka di Parlimen.

Katanya, Dewan Negara sebelum ini memainkan peranan penting kerana memberi peluang kepada semua pihak termasuk kaum minoriti seperti Orang Asli dan masyarakat Siam menyuarakan permasalahan serta pandangan dan pendapat menerusi wakil yang dilantik.

Terkini : Anwar Semakin Sasau!

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyelar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang tetap mahu menjadi Perdana Menteri sehingga ke saat kematiannya.
 
Selain Anwar, katanya, para pemimpin pembangkang seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak mempunyai nilai moral tinggi untuk bersara setelah kalah dan ini berbeza dengan pemimpin politik Barat yang menerima kekalahan secara terbuka dan meletak jawatan seperti bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

"Biar saya ingatkan anda, Anwar telah mengatakan dia akan bersara jika gagal menawan Putrajaya (memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Anwar tidak mengotakan janji.

Terbongkar : Mitos Undi Popular!

Tawadhu’ dalam kemenangan, berlapang dada dalam kekalahan! Itulah sikap yang sepatutnya diambil oleh mana-mana insan yang berjiwa besar dalam menghadapi apa-apa pertandingan.

Sebaliknya Anwar Ibrahim, yang sebelum ini menyatakan akan bersara dan menjadi pensyarah jika kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), mengambil sikap berdolak dalik; enggan mengaku dia sudah ditolak secara muktamad oleh rakyat. 

Malah mengaku menang pula! Dan asas pengisytiharan kemenangan itu ialah kononnya undi popular (iaitu jumlah undi yang diperolehi oleh pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas) melebihi jumlah undi yang diperolehi Barisan Nasional (BN)!

Monday, 27 May 2013

Terkini : Taktik Anwar Didedahkan!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta berhenti menjadikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai alasan untuk menghasut dan menanam sifat benci rakyat terhadap kerajaan.

Penganalisis Politik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar masih menggunakan pendekatan sama iaitu mengelirukan rakyat dengan menggunakan pembohongan kononnya berlaku 'penipuan besar-besaran' semasa pilihan raya.

Tambahnya, ekoran alasan itu, rakyat yang termakan hasutan telah menyertai bantahan serta perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan walaupun cara tersebut adalah tidak demokratik dan tidak mengikut undang-undang negara.

Anwar Sekarang Sedang Malu!

Perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang untuk membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perancangan strategik yang telah lama diatur untuk menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Namun, perhimpunan itu semakin lesu kerana hanya dihadiri muka-muka yang sama dan pakatan pembangkang yang diketuai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kehabisan isu untuk mengheret rakyat dalam perjuangan peribadinya menguasai Putrajaya.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, beliau amat yakin Anwar semakin terdesak dan tidak berkemampuan untuk menunggu lagi lima tahun bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Kantoi : Lakonan Ahli PKR Tidak Menjadi!

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini sempat 'berlakon' dengan berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

S. Jayathas, yang berusia dalam lingkungan 50-an dan merupakan ahli Biro Politik PKR, hadir di IPD itu kira-kira pukul 11 pagi ini untuk membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini.

Bagaimanapun, kira-kira setengah jam kemudian, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Mimpi Anwar Menjadi PM Tak Pernah Padam!

Pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang perlu melihat pendedahan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berhubung kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'satu bentuk amaran bahaya yang menanti' jika Ketua Pembangkang itu terus diberikan sokongan.

Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.

PR : Janji Tinggal Janji!

Ternyata slogan Cekap, Akauntabiliti, Telus yang dilaung-laungkan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik semata-mata.

Meskipun sudah lebih lima tahun mentadbir negeri ini, pembangkang dilihat masih gagal memberikan perkhidmatan terbaik seperti yang dikehendaki rakyat.

Di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini, penduduk yang menetap di di Lintang Sembilang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara sistem perparitan dengan baik.

Pembangkang Tidak Mewakili Undi Majoriti..

Hakikat sebenar tentang undi popular yang dijaja pembangkang bagi mengelirukan rakyat hanyalah diperoleh melalui pengundi-pengundi Cina dari empat buah negeri yang mempunyai ramai penduduk kaum itu.

Memetik blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com, pembangkang hanya memperoleh kelebihan undi di lima buah negeri yang mana empat daripadanya iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri-negeri yang mempunyai populasi kaum Cina terbesar.

Satu lagi negeri yang turut memihak kepada pembangkang ialah Kelantan, hanya memperoleh kelebihan 57,332 undi yang dianggap sangat tipis.

Sunday, 26 May 2013

Parti India Bakal Bergabung... Parti Cina Macam Mana?

MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India atau mempunyai ramai anggota dari kaum itu seperti Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) dan Makkal Sakthi dalam waktu terdekat untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.

Presiden MIC, Datuk Seri G.Palanivel berkata, penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Peringatan Buat Rakyat Malaysia...

Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata perubahan kerajaan yang mahu dituntut mestilah berpandukan kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang bukannya melalui himpunan di jalan raya.

Perdana Menteri berkata, mana-mana negara pun perlu kepada sistem politik berdasarkan kepada kaedah siapa yang layak memimpin negara melalui perubahan peti undi.

Terkini : Anwar Ibrahim Ingkar Perjanjian Damai!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.

Anwar Bakal Mencari Mangsa Terbaharu?



Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan Man dekat sini hari ini.

Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.

Video Khas Buat Anwar Ibrahim...


Saturday, 25 May 2013

'Malay First' or 'Chinese Last'?

Seruan memboikot barangan dan perkhidmatan sebagai tindakan terhadap keputusan pilihan raya lalu nampaknya bukan sahaja mendapat perhatian media siber tetapi juga akhbar-akhbar utama. 'Buy Malay First' atau 'Buy Chinese Last' adalah antara seruan yang berlegar.

Keputusan pilihan raya begitu jelas terbahagi dua Pengundi Cina melakukan tsunami Cina dengan menyokong Pakatan Pembangkang di satu pihak dan Barisan Nasional (BN) yang menang dengan rata-rata disokong kuat oleh pengundi-pengundi Melayu dengan bantuan pengundi India di satu pihak lagi.

Satu hasil besar daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah ia menyedarkan orang-orang Melayu betapa orang-orang Cina yang telah pun menguasai ekonomi, kini mahu kuasa politik daripada tangan orang Melayu walaupun sebenarnya ia dikongsi bersama dengan pelbagai kaum lain dalam BN.

Terkini : Azmin Ali Mengaku PKR Berpecah!

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui perebutan sesama rakan sekutu dalam pakatan pembangkang punca parti itu kalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu. 

Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR harus bertegas dalam keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berhubung perkara itu. 


"Kita bukannya tewas kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kita kalah kerana sesama kita. 


"Saya memohon pimpinan parti supaya bertegas dalam perkara ini," katanya ketika penggulungan perbahasaan sempena Kongres Nasional PKR Kesembilan di sini, sebentar tadi.

Minda Pensyarah Kanan UNIMAS Diracuni!

Seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menggunakan forum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini hari ini sebagai platform untuk memperlekehkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perbuatan itu dilakukan oleh Ketua Jabatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial Unimas, Dr. Mohd. Faisal Sham Abdol Hazis semasa membentangkan analisisnya tentang kemenangan BN di dua negeri itu pada Forum Pasca PRU-13: Meneliti Hasil, Meneroka Ke Hadapan.

Beliau mendakwa, 'dominasi' BN di Sabah dan Sarawak mempunyai kaitan dengan struktur politik yang tidak demokratik, media tidak bebas, amalan politik autoritarian (strongman politics) dan birokrasi bersifat partisan.

Red Bean Army Punca Racism?

Pasukan keselamatan negara, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa menubuhkan unit teknologi maklumat (IT) bagi menangkis segala pembohongan serta dakwaan yang berniat jahat bertujuan menimbulkan situasi huru-hara dalam negara.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, perkara itu perlu memandangkan ancaman terhadap keselamatan negara dilakukan secara berterusan oleh pihak tertentu khususnya pembangkang menerusi alam maya.

Anwar Benar-Benar Meyusahkan Rakyat!

Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) sudah selesai. Rakyat sudah memilih kerajaan pusat dan kerajaan negeri melalui peti undi. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah berjaya menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan. SPR yang berpengalaman menguruskan pilihan raya wajar diberi pujian. Syabas SPR!

Namun demikian, terdapat pula pihak tertentu yang tidak berlapang dada menerima keputusan rakyat. Mereka mengadakan siri ceramah berbaur hasutan dan fitnah. Mereka cuba menghasut rakyat yang sepemikiran dengan mereka membuat huru-hara melalui pelbagai cara sangat kotor seperti menggulingkan kerajaan yang sah melalui apa yang mereka katakan Malaysia Spring.

Terkini : Pakatan Pembangkang Kantoi!

Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. 

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.


"Mereka sudah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. 

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini. 

Friday, 24 May 2013

Tiada Lagi Amaran.. Hanya Tindakan Tegas!

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar ditahan polis tengah hari ini kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapan ketiga-tiganya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lalu.

Terkini : Dewan Ulama PAS Menolak Tindakan Anwar!

Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu. 

Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka. 

Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat” Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS

ABC Didahulukan, ABU Dihapuskan!

Kerajaan diminta membalas semula sokongan pengundi Melayu, India serta penduduk Sabah dan Sarawak yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan memberi tumpuan dalam aspek membangunkan ekonomi golongan tersebut.

Gesaan itu dibuat sekumpulan pemuda yang berkumpul di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini bagi mendesak supaya pemimpin negara bersikap adil dengan membela golongan yang selama ini setia menyokong aspirasi kerajaan.

Mereka yang bertopeng dan memakai baju hitam dengan pelekat 'ABC' turut membawa pelbagai sepanduk yang antaranya tertera perkataan TQ Orang Melayu Kerana Tidak Khianat, TQ Kaum India Kerana Tidak Khianat, Wahai Melayu Pertahankan Kalimah Allah, Bangunkan Ekonomi Melayu/India, dan 5 Mei Hari Pengkhianatan.

Apa Nak Jadi Dengan Anwar!

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan sikap tidak dapat atau enggan menerima hakikat kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam satu ceramahnya di Kompleks Pas Kota Sarang Semut di sini malam tadi, beliau juga terus menghasut rakyat terutama golongan muda agar membenci kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tanpa menghiraukan kemarahan rakyat terhadap tindak-tanduknya yang meresahkan masyarakat pembagai kaum di negara ini, Anwar juga mengajak orang ramai menyatakan protes.

Thursday, 23 May 2013

Relaks Kejap.. Layan Video Ni Dulu!


Hot News : 'British Soldier' Butchered In Suspected Islamist Attack!

British-soldier-butchered-in-suspected-Islamist-attack/

Two men wielding knives butchered and beheaded a man believed to be a British soldier in a busy London street, before delivering an Islamist tirade to passers-by.

Prime Minister David Cameron, condemning Wednesday's "appalling" attack, added: "There are strong indications that it is a terrorist incident."

Eyewitnesses described how after the two men carried out their attack, they stayed at the scene, asking passers-by to photograph and film them.

The attack happened near the Royal Artillery Barracks in Woolwich, southeast London.
Armed police shot and wounded the two attackers after bystanders had called them to the scene.

Anwar, Jui Meng Bakal Kuburkan DAP!

DAP digesa supaya tidak berat sebelah dan hipokrit dengan mengarahkan bekas naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya berhenti mendedahkan rahsia parti kepada umum.
 
Sebaliknya, DAP hendaklah terlebih dahulu menasihatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng supaya berhenti memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang pernah diterajui mereka sebelum menyertai pembangkang. 

Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan berkata, DAP tidak layak bercakap tentang demokrasi tetapi pada masa yang sama bertindak mengongkong kebebasan bersuara Tunku Abdul Aziz yang mempertahankan prinsipnya. 

Berita Panas Hari Ini...

Pembunuh-Sosilawati-dihukum-gantung/

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Tindakan Bijak Dari SPR!

Kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat. 

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat.


"Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi kita tangguhkan hingga pilihan raya umum ke-13 selesai.

 "Persempadanan perlu dilakukan kerana perlembagaan menetapkan setiap lapan tahun, sekurang-kurangnya, SPR perlu membuat kajian semula kawasan sempadan pilihan raya.

Justeru kita akan lakukan secara 'slow-slow' sebelum menyerahkannya kepada Parlimen untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama selepas diwawancara dalam program Hello Malaysia oleh Bernama TV, di sini, malam tadi. 

Wajib Tonton : Adakah Agenda Jahat DAP Berjaya?




PERKASA Mula Tunjuk Taringnya!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di beberapa kawasan di London Ahad lalu.

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, demonstrasi menghina negara sendiri oleh rakyat ketika berada di luar negara merupakan tindakan seorang pengkhianat dan petualang.

"Perlakuan biadab itu layak dilucutkan kewarganegaraan mereka kerana apa makna mengaku jadi rakyat Malaysia tetapi menjadi api dalam sekam, duri dalam daging yang sanggup pula diperalatkan oleh kuasa luar untuk sama-sama menghina negara bumi dipijak langit dijunjung, tempat tumpah darah kita sendiri," katanya.

Terkini : Jusuf Kalla Tunduk Kepada Anwar!

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengakui usaha beliau untuk mendamaikan perseteruan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan tercapai 100 peratus.
 
Perkara tersebut, jelas beliau, disebabkan sikap Ketua Pembangkang itu sendiri yang tidak komited terhadap usaha tersebut. Beliau berkata, sikap Anwar itu bertentangan dengan Najib yang sentiasa bersedia menjalankan komitmen tersebut.

Wednesday, 22 May 2013

Anwar Terus Dikecam!

Lebih 200 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa menghalang siri perhimpunan haram pembangkang bagi membantah keputusan pilihan raya umum lalu yang dirancang diadakan di negeri itu.
 
Malah, mereka turut menggesa Kementerian Dalam Negeri tidak lagi bertolak ansur dengan sikap pembangkang yang mencabar dan mengetepikan undang-undang kerana dibimbangi akan mencetuskan huru-hara.

Kumpulan NGO itu termasuk Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) cawangan Terengganu, Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu (MBFMWT), Pertubuhan Belia 4B Terengganu serta beberapa pertubuhan belia lain.

Guan Eng Dicabar Dan Tercabar!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar membaca surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 17 April lalu berhubung pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu secara terbuka dalam sidang akhbar dalam masa terdekat.
 
Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, rakyat berhak mengetahui sama ada dakwaan pemimpin-pemimpin DAP bahawa ROS akan membatalkan pendaftaran parti itu benar atau sebaliknya.

Menurut beliau, kegagalan Guan Eng menyahut cabaran itu akan menyebabkan orang ramai menganggap DAP mempunyai agenda yang cuba disembunyikan.

Kami Tinggalkan Anwar Jua Akhirnya!


Karpal Singh Bakal Tersungkur!

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bertegas dengan pendiriannya tidak akan sesekali tunduk kepada amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengarahkannya menutup mulut. 
 
Malah, beliau berikrar akan terus membuat pendedahan demi memastikan keamanan negara tidak tergugat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab demi ketaksuban memiliki kuasa.

Tunku Abdul Aziz turut mencabar Karpal untuk cuba 'sedaya upaya' mengheretnya ke mahkamah andainya pendedahan-pendedahan itu sebenarnya menyusahkan golongan berkepentingan dalam DAP.

Lagi Kecaman Terhadap Karpal Singh..

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan rakyat.

"Karpal Singh sebagai seorang peguam dan anggota parlimen patut faham mengenai perlembagaan negara, beliau harus tengok apa yang dikatakan oleh perlembagaan, jangan buat kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Terkini : Lagi Pemimpin PAS Menolak Anwar Ibrahim!

Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
 
Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya. 

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh. 

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Tuesday, 21 May 2013

Lahad Datu : Adakah Anwar, Sivarasa dan Tian Chua Bakal Didakwa?

Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.

"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.

Terkini : Apa Dah Jadi Dengan Anwar Ibrahim?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menilai diri secara ikhlas dan menyedari sama ada beliau dan pakatan pembangkang layak memerintah negara selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas sahabat karib Anwar selama 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, jika Anwar masih tetap berasa layak menjadi Perdana Menteri, pemimpin pembangkang itu dinasihatkan 'segera menjalani pemeriksaan mental di Perancis'.

Menurutnya, hanya pakar sakit jiwa sahaja yang boleh membuatkan Anwar faham kemenangan 30 kerusi Parlimen oleh PKR tidak membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Monday, 20 May 2013

Gelaran Baru Untuk Anwar!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.
 

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.


Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

Anwar Ibrahim Layak Dilucutkan Kerakyatan...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak dilucutkan kerakyatan dan diusir dari negara ini kerana tindakannya yang sering mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee memberitahu, petualang dan pengkhianat negara seperti Anwar tidak sepatutnya dibiarkan terus berada di negara ini sebaliknya tindakan tegas perlu dilakukan.

Jelasnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk beberapa pemimpin pembangkang seharusnya ditahan kerana jelas terbukti melakukan perbuatan khianat dan menghasut rakyat.

Terkini : DAP Semakin Tertekan!

Sesuatu yang menghairankan apabila ada pemimpin DAP melatah dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan, pembangkang perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sistem republik jika mereka mahu menjadikan hujah undi popular sebagai alasan enggan menerima hakikat kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Ahmad Zahid membuat kenyataan itu berikutan tindakan pembangkang yang terus memanipulasikan undi popular yang mereka peroleh seolah-olah ia melayakkan pembangkang untuk memerintah.

Tetapi seperti mana ditegaskan oleh Ahmad Zahid, selaku negara Komanwel, Malaysia mengguna pakai sistem pilihan raya berasas acuan British dan ia diakui pembangkang sejak pilihan raya umum pertama lagi.

Tegas beliau, berasaskan acuan tersebut sistem pilihan raya Malaysia adalah first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote seperti mana diguna negara-negara republik.

Giliran PERKASA Melenting!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran kepada pembangkang berhenti memperlekeh pertubuhan itu berhubung pelantikan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Waythamoorthy dan yakin pemimpin itu mampu membawa perubahan besar kepada kedudukan sosioekonomi masyarakat India.

Menurutnya, keputusan Najib untuk tidak melantik mana-mana pemimpin Perkasa dalam barisan Kabinet baharu tidak sepatutnya menjadi isu kerana perjuangan Perkasa bukan bagi mengejar jawatan.

Dakyah Pembangkang Sia-Sia...

Tiada kenaikan harga barang kawalan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sebaliknya ia hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh pihak pembangkang semata-mata mahu memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Sehubungan dengan itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek menggesa orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan pada masa sama akan bertindak terhadap peniaga yang menaikkan harga barang.

"Penyokong pembangkang menyebarkan benda yang tidak betul, tiada barangan kawalan yang naik harga, malah subsidi yang sedia ada terus kekal.

"Jangan sebarkan khabar angin, kita perlu mengutamakan kepentingan negara tetapi jika ada peniaga yang benar-benar sengaja naikkan harga, saya akan turun ke bawah untuk ambil tindakan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Sunday, 19 May 2013

Malaysia Spring Dan Anwar Ibrahim...

Pembangkang didakwa sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring sekiranya kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi melampau seperti Arab Spring itu bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Beliau mendakwa, Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

Guan Eng Semakin Angkuh!

Kedegilan pemimpin DAP mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) menunjukkan mereka khuatir akan kalah dalam pemilihan tersebut.

Berikut adalah kenyataan pemimpin-pemimpin akar umbi parti dan bekas pemimpinnya sebelum ini yang mempertikaikan tindakan kepimpinan DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang berdolak-dalik dalam mengadakan semula pemilihan CEC.

Guan Eng didakwa takut kalah jika pemilihan CEC diadakan semula ekoran wujud keraguan dalam pengiraan undi pemilihan parti itu Disember lalu.

Hebatnya Anwar Atas Pentas.. Daddy Cool!


Kit Siang, Guan Eng Melenting!

Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Saturday, 18 May 2013

Anuar Jadi Perdana Menteri... Kisah Alam Misteri!


Khairy Buat Kerja Gila!

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempelawa semua pihak termasuk pemimpin sayap pemuda parti-parti pembangkang untuk memberi sebarang idea dalam mengembalikan kerukunan serta perpaduan nasional.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kementerian yang diterajuinya itu bukan 'Kementerian Barisan Nasional (BN)' tetapi merupakan kementerian milik semua khususnya golongan belia.

"Sudah tiba masanya kita maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Jangan kita bertindak dengan membalas dendam kepada mana-mana pihak disebabkan hal yang lepas.

"Yang lepas itu lepas dan kita kena berdepan dengan masa depan," katanya seperti dipetik dalam laman Twitter miliknya hari ini.

Pakatan Pembangkang Semakin Keliru!

Pelantikan pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (HINDRAF), P Waytha Moorthy sebagai timbalan menteri, menunjukkan Datuk Seri Najib Razak memberi keutamaan lebih tinggi kepada kaum India. 

Pengarah Strategik MIC S Vell Paari, berkata parti itu menyambut baik keputusan berkenaan yang membuktikan Perdana Menteri iltizam menunaikan janjinya untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi kaum India. 


Waytha sebelum ini pernah melemparkan tuduhan negatif terhadap PM (Perdana Menteri) dan Barisan Nasional (BN), tetapi hakikatnya PM bersedia mengetepikan semua itu. 

Kit Siang Sudah Keterlaluan!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan supaya berhenti membakar sentimen kebencian kaum dengan melemparkan penghinaan terhadap kepemimpinan negara kerana perbuatan itu dilihat menyinggung perasaan serta mencabar kesabaran orang Melayu.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharudin Abdul Jabar menegaskan, tindakan keterlaluan Kit Siang dan pengikutnya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘syaitan’ dalam satu perhimpunan haram baru-baru ini dilihat ‘memberi isyarat yang tidak baik’ kepada orang Melayu.

Menurut beliau, sebagai orang lama dalam politik, Kit Siang sepatutnya belajar daripada sejarah bagaimana tindak-tanduk satu kaum menghina kaum lain telah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969.

Taktik Baru Pembangkang Dikenalpasti...

Timbalan Setiausaha Agung Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan isu penyebaran berita palsu melalui laman sosial mengenai kenaikan harga barang oleh pembangkang termasuk yang dikaitkan dengan peranannya sendiri sebagai satu perkara remeh.

Beliau yang bagaimanapun tidak menafikan dakwaan itu berkata, isu yang dianggap sebagai cubaan menghasut dan membangkitkan kemarahan rakyat itu tidak perlu 'digembar-gemburkan' kerana baginya, lebih banyak isu besar yang perlu diselesaikan ketika ini.

"Tak payah cakaplah pasal tu (penipuan kenaikan harga barang). Saya banyak benda lain lagi nak handle. Sebab apa nak highlight (ketengahkan) benda kecil macam tu?

Friday, 17 May 2013

PAS Redha, PKR Dan DAP Masih Tak Matang!

Pas tetap akur dan menerima hakikat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dibuat oleh rakyat walaupun Ketua Pembangkang terus menggerakkan siri perhimpunan mengajak rakyat untuk membantah.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Abdul Wahid Endut berkata, Pas berpegang kepada prinsip politik matang dan sama ada keputusan PRU memberi kemenangan atau kekalahan tetap diterima dengan berlapang dada.

"Kita tak mahu politik fesyen lama, kita gentleman. Kita terima menang atau kalah (keputusan PRU-13). Kita dah rasa semua, kalah dan menang kita dah rasa, tapi banyak kalah dari menanglah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...